"Macam-macam rungutan dan tak puas hati terhadap suami.." - Nora

Share:
 
Bekas peserta Gegar Vaganza musim ketiga, penyanyi Nora Ariffin, 45 tahun berkata dia sering mendengar rungutan dan luahan tidak puas hati daripada isteri terhadap suami masing-masing.

Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin, berkata adalah tidak wajar seorang isteri hanya melihat kekurangan suami semata-mata, sebaliknya perlu muhasabah diri dan memperbetulkan kesilapan bersama.

Ini komen Nora Ariffin:

"Saya selalu lepak bersama kawan-kawan dan topik utama adalah tentang suami masing-masing. Macam-macam hal, complain dan tak puas hati.

"Saya hanya tersenyum dan kata sekurang-kurangnya korang semua masih ada suami, bersyukurlah dan jangan hanya melihat kekurangan.


Kata Nora, isteri dan suami kedua-duanya perlu sentiasa muhasabah diri.


Ini tulisnya lagi:

"Perbetulkan diri kita, muhasabah diri kerana kita juga banyak kekurangan dan buang ego,"

Penyanyi lagu Desa Tercinta ini membuat luahan tersebut menerusi Instastory di laman Instagram miliknya.

Sementara itu, Nora berpendapat dalam melayari bahtera rumah tangga, sebagai manusia biasa, tiada seorang pun suami atau isteri yang mampu untuk bersifat sempurna.

Ujar Nora lagi, setiap manusia harus reda dengan perkahwinan tersebut dan menerima baik atau buruk pasangan masing-masing.

Ini peringatan dari Nora:

"Peringatan buat semua wanita, tidak ada isteri atau suami yang sempurna, namun dia adalah jodoh kita. Kita kena terima baik dan buruk mereka.

"Kena ada reda suami dan reda Allah. Bayangkan kalau satu hari nanti dia pergi buat selama-lamanya,"


Nama Nora kembali meniti dibibir peminat setelah menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim ketiga.

Kemudian, suami Nora yang juga merupakan komposer popular  iaitu Allahyarham Johan Nawawi meninggal dunia pada 24 Mac tahun lalu.

Nora dilihat meluahkan rasa rindu terhadap arwah suaminya itu.

Sumber: mStar / IG Nora

Tiada ulasan