Masih Berkawan Atau Dah Bermusuh Dengan Izreen? Ini Respon Rita Rudaini

Share:

Baru-baru ini Rita Rudaini ada memuatnaik foto bersama madu Izreen Azminda iaitu Intan Liana Salleh.

Ini menyebabkan ada yang bertanya, adakah Rita Rudaini telah memusuhi Izreen Azminda yang sebelum ini dikatakan amat rapat.

Akhirnya, Rita Rudaini tampil menjelaskan salah faham timbul apabila kebanyakan orang beranggapan dia dan rakan pelakon, Izreen Azminda bermusuhan gara-gara memuat naik gambarnya bertemu dengan Intan Liana.

Rita Rudaini menerangkan, dia dan ahli keluarga Intan Liana memang mengenali antara satu sama lain.

Apabila Nadia Mustafa ada berhubung untuk menemukan Rita dan Intan bertanyakan mengenai urusan mahkamah sudah tentu dia tidak menolak.

Ini penjelasannya lagi:

"Roza Saleh, kakak kepada Intan sebelum ini adalah pengurus artis sementara pelakon Nadia Mustafa adalah biras Liana. Seperti saya katakan sebelum ini saya mengenali mereka sejak awal pembabitan dalam bidang lakonan

"Izreen juga kawan dan apabila rakan-rakan datang meminta pandangan dan juga khidmat nasihat sudah tentu saya cuba membantu apa yang termampu.


Katanya lagi, apabila Nadia serta Roza menghubungi meminta bantuan, sudah tentu dia tidak akan berkata ‘tidak’.

Menjelaskan lebih lanjut, Rita sebenarnya enggan menyebelahi mana-mana pihak dalam isu perceraian Intan Liana dan suaminya Ude Wahid yang juga suami kepada Izreen.

Rita Rudaini juga tidak mahu campur tangan membabitkan apa juga masalah berlaku antara rakannya Izreen dan Intan kerana tidak ada kaitan dengan dirinya.

Dia kecewa apabila ada pihak menuding jari menuduhnya menjadi punca kepada isu perceraian Ude dan Intan serta dikatakan sengaja mahu menimbulkan konfrontasi.

Ini komen Rita lagi:

"Niat baik saya disalah erti. Saya tidak mahu mencari musuh apatah lagi memburukkan mana-mana pihak. Masalah dihadapi oleh Intan, Ude dan Izreen hanya mereka saja yang tahu"

"Cuma orang mungkin susah memahami kerana saya akan bersikap telus apabila memberi pandangan. Pendirian saya kalau perkara itu betul saya akui dan kalau salah saya cuba betulkan.

"Bagaimanapun bercakap mengenai perkongsian pandangan membabitkan masalah timbul ianya agak sukar andai kita tidak berada di tempat mereka, jadi terpulang kepada individu itu bagaimana hendak menerima apa juga pandangan yang saya kongsikan.


Kata Rita, dia tidak mungkin mahu memusuhi dan meminggirkan Izreen dan sekiranya dia datang meminta pandangan atau nasihat sebagai kawan sudah tentu dia bersedia bertemu.

Apabila namanya pula terkait, Ritaberasakan jalan terbaik adalah tidak lagi ambil pusing dengan apa sedang berlaku.

Sebelum ini, Rita meluahkan rasa terkilan dengan Izreen di rancangan hiburan popular Melodi.

Sumber: Harian Metro

Tiada ulasan