Menantu Ajar Siti Nurhaliza Cara Menyusukan Bayi Dengan Betul

Share:
 
Penyanyi popular Datuk Seri Siti Nurhaliza kini dalam fasa berpantang.

Sebenarnya bukan semudah yang disangka, menjadi seorang ibu sememangnya tidak mudah dan memerlukan banyak pengorbanan.

Penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza beryukur kerana dijaga oleh ibu dan juga ibu mertua ketika dalam berpantang.

Selain itu, penyanyi lagu Cindai dan juga Jerat Percintaan ini turut mendapat penjagaan sepenuhnya daripada Natalis Mother Care.

Ini komen Siti Nurhaliza:

"Alhamdulillah, saya cukup bertuah apabila ibu dan ibu mertua ada sekali menjaga saya sepanjang tempoh berpantang.
 

"Sekurang-kurangnya, ada jugalah orang lebih berpengalaman menjaga saya,"

Dalam pada itu, setelah dikurniakan seorang anak, Siti Nurhaliza berkata kini dia menyedari bahawa untuk menyusukan bayi adalah cabaran utama selepas melahirkan anak.

Siti berkata dia bersyukur kerana menantunya, Tya Ariffin banyak membantu untuk menyusukan bayi dengan cara yang betul.

Tya Ariffin meruapkan isteri kepada Ashraff Khalid. Tya mempunyai seorang anak lelaki bernama Arif Jiwa.

Ini komen Siti Nurhaliza:

"Dia dah macam cikgu dan mentor saya. Dia yang ajar saya bagaimana melakukannya dengan betul.
 

"Alhamdulillah, selalu ibu yang ajar anak tapi untuk saya speciallah sikit. Tya yang ajar saya (ketawa),"

Siti kemudian menyatakan rasa kagum kepada ibunya yang mempu menjaga anak yang ramai kerana baru dia tahu rasa susah menjaga anak termasuk menyusukan anak.

Ini penjelasan Siti Nurhaliza:

"Barulah saya tahu bukan senang (menyusukan anak) rupa-rupanya.

"Tapi, bila fikir bagaimana ibu saya boleh menyusukan lapan anaknya sampai tak tidur malam, saya jadi kuat.

"Tak akan saya yang baru saja anak seorang ini nak mengeluhkan?,"


Diimbas kembali, Siti Nurhaliza telah pun selamat melahirkan bayi perempuan dengan berat 3.55 kilogram (kg) secara pembedahan Caserean Section, kira-kira jam 8.17 pagi di sebuah pusat perubatan swasta pada 19 Mac lalu.

Bayi comel itu dinamakan sebagai Siti Aafiyah dan terus menjadi amat popular di Malaysia.

Sumber: Sinar Harian

Tiada ulasan