Home Top Ad

Responsive Ads Here

Muatnaik Foto Nampak "Lurah", Fasha Sandha Beri Respon Tak Hirau

Share:


Beberapa hari yang lalu, pelakon popular Fasha Sandha menjadi tumpuan netizen.

Ini gara-gara tindakan nya  memuat naik gambar di Instagram yang dikatakan agak seksi kerana nampak lurah.

Di dalam foto itu, Fasha Sandha memakai pakaian tradisi masyarakat India iaitu lenga ketika menghadiri majlis berinai pelakon Elvina Mohamad baru-baru ini menyebabkan dia menjadi sasaran netizen.

Ramai merasakan penampilan Fasha Sandha agak keterlaluan ekoran bahagian dada pakaian itu dilihat terdedah dan ia tidak sesuai dengan imejnya sebagai ibu kepada dua cahaya mata.

Malah rata-rata para follower dan netizen meminta pelakon popular itu memadam foto berkenaan daripada Instagramnya.

Apabila isu ini menjadi bualan ramai, Fasha Sandha tampil memberi komen tentang hal ini.

Bagi Fasha Sandia, dia merasakan tiada sebarang keperluan untuknya dia memadam gambar berkenaan malah tidak merasakan foto itu telah mengundang sebarang kontroversi.

Ini komen Fasha Sandha:

"Saya tidak tahu pula ramai yang mengecam kerana tidak membaca ruangan komen. Tetapi saya tidak akan memadam gambar tersebut.

"Apa orang hendak cakap, cakaplah. Ia tidak memberi kesan kepada saya pun. Ruangan komen pun saya tidak tutup,"


Menjelaskan situasi sebenar, Fasha Sandha mengatakan mungkin gambar tersebut kelihatan terdedah disebabkan kedudukan kamera ketika jurugambar merakamkan gambar itu.

Itulah pandangan dan respon Fasha Sandha tentang gambarnya itu.

Fasha Sandha berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis tayangan episod akhir drama rantaian Syurga Yang Kedua anjuran kelab peminatnya iaitu WeLoveFashaSandha Fan Club dan dan kelab peminat Siti Elizad iaitu Elizad Team Fan Club yang diadakan pada petang Isnin.

Sementara itu, Fasha Sandha berkata, dia terharu dengan sokongan dan usaha peminatnya yang gigih mengadakan majlis tayangan episod akhir Syurga Yang Kedua.

Kata Fasha lagi, peminatnya adalah merupakan tulang belakangnya dan tindakan mereka sanggup meluangkan masa, wang dan tenaga bagi mengadakan majlis seumpama itu menyentuh hatinya.

Sumber: mStar

No comments