Nasihat Dari Suami Adira Iaitu Datuk Red Kepada Ude Wahid

Share:
 
Datuk Red merupakan individu yang menjadi tumpuan ramai tidak lama dulu setelah berkahwin dengan penyanyi popular Adira.

Untuk pengetahuan, Datuk Red pernah bercerai dengan isteri pertama sebelum ini iaitu isteri sebelum Datin Red.

Datin Red (Syarifah Nor Shafila) merupakan perkahwinan keduanya, manakala Adira merupakan perkahwinan ketiganya.

Datin Red dan Adira kini merupakan isteri-isteri Datuk Red atau nama penuhnya Datuk Seri Adnan Abu.

Apabial isu antara Ude Wahid dan isteri pertama menjadi buah mulut orang ramai, Datuk Red telah tampil memberi nasihat berguna kepada Ude.

"Fikir anak-anak" - itulah nasihat Datuk Red kepada pemuzik itu yang juga suami kepada pelakon Izreen Azminda.

Datuk Red mahu Ude Wahid berfikir tentang anak-anak sebelum membuat keputusan untuk bercerai dengan isteri pertamanya.

Jelas Datuk Red, dia pernagh melalui pengalaman terdahulunya dan isu perceraian bukan perkara mudah, memandangkan ini akan memberi kesan kepada tumbesaran anak-anak.

Ini nasihat Datuk Red lagi:

"Nasihat saya sebelum buat keputusan, fikir anak- anak. Anak-anak dalam keadaan ini adalah mangsa sebab mereka tidak mungkin akan dapat sepenuh kasih sayang dari kedua ibu dan bapa.

"Melalui penceraian yang pertama ini yang pernah saya lalui, terpaksa berpisah dengan anak-anak.

"Sebab itu mahkamah juga memberi tempoh sebelum kita buat keputusan. Saya tahu benda masih baru dan dia juga tidak mahu fikir"

Datuk Red menyatakan dia juga pernah melalui keadaan seperti Ude, di mana perkahwinan ketiganya dengan Adira menjadi tumpuan ramai.

Suami Adira ini berkata bukan salah masyarakat untuk mengetahui hal perkahwinan kerana isterinya seorang artis.

Ini komennya:

"Dalam hal ini Ude kena tahu tindakannya akan memberi kesan kepada Izreen sebab dia seorang artis dan dikenali ramai. Jadi bukan salah orang luar untuk terus berkongsi pendapat mengenai hal ini.

"Berkahwin tidak ada masalah tetapi bercerai adalah sesuatu yang saya tidak setuju"

Itulah pendapat Datuk Red tentang perkara yang sedang menimpa Ude Wahid.

Diimbas kembali,  Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid telah memfailkan permohonan penceraian secara baik terhadap isteri pertamanya iaitu Intan Liana Saleh.

Ude Wahid telah berkahwin dengan Izreen Azminda pada Ogos tahun lalu.

Sumber; Utusan

Tiada ulasan