Home Top Ad

Responsive Ads Here

Netizen Mengamuk Dengan Sheila Rusly Kerana Jemput Izreen Azminda

Share:

Nama Izreen Azminda kini memang meniti dibibir para peminat industri hiburan tanah air apabila suaminya Ude Wahid telah menceraikan isteri pertama iaitu Intan Liana.

Rata-rata menyalahkan Izreen Azminda sebagai punca kemusnahan rumah tangga Intan Liana dan Ude Wahid.

Tohmahan dan kecaman yang diterima menyebabkan Izreen Azminda menutup laman media sosial Instagramnya.

Kemarahan orang ramai terus memuncak apabila ada kempen untuk memboikot segala yang melibatkan pelakon jelita ini.

Malah baru-baru ini, Sheila Rusly menajdi mangsa kemarahan orang ramai yang tidak berpuas hati kerana menjemput Izreen Azminda sebagai salah seorang artis di rancangan popular Ketuk-Ketuk Ramadhan.

Sheila Rusly memuatnaik foto bersama Izreen Azminda di laman media sosial miliknya dengan caption seperti berikut:

"Tersenyum tertawa diluar. Terguris terluka didalam. Tak perlu lah kita mengeruhkan lagi keadaan.

"Simpati tapi jangan hukum sampai mati. Kita doa yang baik-baik insyaallah semuanya akan baik.

"Stay positive korangggg esok jumpa sis kat Giant SP kita ketuk mark Adam pulakkkk

Kemudian, orang ramai dan para netizen dilihat terus menyerang di ruang komen foto berkenaan yang mana rata-rata tidak suka penyertaan Izreen dalam rancangan Ketuk-Ketuk Ramadhan itu.

Ada juga yang memberi cadangan lebih baik jemput bekas isteri pertama Ude Wahid iaitu Intan Liana daripada jemput Izreen.

Dalam masa sehari, foto berkenaan menerima komen yang amat banyak sehingga mencecah lebih dari 2 ribu komen.

Walaupun kebanyakkannya komen negatif, namun ada juga yang mempertahankan tindakan Sheila Rusly menjemput Izreen Azminda ke rancangan Ketuk-Ketuk Ramadhan musim baru itu.

Kata mereka, janganlah terlalu membenci seseorang sehingga sanggup menutup periuk nasi orang.

Ada juga mengingatkan para netizen suapaya tidak terlalu mengecam dan mengata orang lain kerana hanya menambah dosa sahaja.

Sumber: Instagram Sheila Rusly

No comments