"Pelajaran Dia Lemah.. Bab Sosial Media Memang Pandai" - Bekas Guru Dedah Sikap Sebenar Ameera

Share:

Siapa yang tak kenal dengan adik kepada selebriti popular Neelofa iaitu Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan.

Baru-baru ini, Ameera Khan sekali lagi menajdi tumpuan apabila memperlekehkan jenama telefon pintar popular di Malaysia iaitu Samsung.

Nampaknya isu ini memang menjadi antara topik hangat yang sedang diperkatakan oleh para netizen.

Dalam satu video, apabila ditanya sama ada memilih IPhone atau Samsung adik Neelofa menjawab "Samsung? Ewwwww… what are you talking about, iPhone of course".

Cara jawapan Ameera Khan itu lantas dikecam netizen.

Melalui satu laporan Media Hiburan, kisah ini bukan sahaja mendapat perhatian dikalangan netizen, sebaliknya bekas guru-gurunya.

Dikatakan seroang guru yang mengajar di sekolah yang pernah Ameera belajar, telah menulis DM di Instagram Media Hiburan.

Guru ini pernah mengajar adik Neelofa ini sebelum dia menggunakan khidmat Home School.

Menurut laporan Media Hiburan, bekas guru Ameera ini mendedahkan bahawa Ameera Khan memang seorang yang lemah dalam mata pelajaran namun dia tidak menolak gadis ini memang mahir kalau bab make up, melawa dan termasuk menggunakan media sosial.

Malah, dia juga memberitahu tidak terkejut bagaimana Ameera memberi respon kepada beberapa soalan contoh seperti isu "ewww.." kerana Ameera dikatakan selalu menjawab tanpa berfikir panjang.

Malah, guru ini turut berkata adakalanya dia juga naik meluat dengan cara Ameera yang selalu berangan kononnya ingin menjadi seperti adik beradik keluarga Kadarshian yang amat popular.

Bagaimanapun guru ini memuji sikap kakak nya iaitu Atisha dan memberitahu sehingga kini Atisha masih berhubung dengannya.

Ini mesej yang ditulis oleh bekas guru Ameera Khan itu.



Itulah pendedahan tentang sikap Ameera Khan atau Little Miss Khan yang sememangnya antara salah seorang InstaFamous di Malaysia.

Untuk pengetahun, Ameera Khan melalui akaun Instagramnya iaitu @littlemisskhan, followernya berjumlah lebih dari 800 ribu orang.

Sumber: Media Hiburan

Tiada ulasan