Peminat Mengamuk, Neelofa Sindir Fazura?

Share:

Ini satu lagi perkembangan terbaru melibatkan Neelofa dan juga Fazura.

Kedua-duanya mempunyai satu persamaan iaitu pernah berlakon dengan Fattah Amin dan menjalin hubungan lokasi dengan pelakon kacak ini.

Namun, yang membezakannya, Fazura kini bergelar isteri kepada pelakon popular Fattah Amin.

Kini, ada satu isu yang sedang hangat diperkatakan di laman media sosial Twitter tentang tindakan Neelofa yang didakwa menyindir Fazura.

Menerusi laporan dari portal hiburan Rotikaya, perkara ini didedahkan menerusi satu video oleh seorang peminat yang menggunakan nama Twitter @FizzZoule yang tidak berpuas hati dengan video Neelofa yang didakwa menyindir isteri Fattah Amin itu.

@FizzZoule memuatnaik satu video menunjukkan Neelofa sedang bersiap untuk penggambaran iklan beliau di Taiwan.

Namun dialog yang dilontarkan Neelofa dalam video tersebut seakan memerli video yang dirakamkan Fazura lebih awal.

Perkara itu seperti diiyakan sendiri oleh tindakan make-up artist (MUA) Neelofa yang mengatakan kenyataan sinis Neelofa itu sebagai kejam.

"Tak boleh tak shoot tak pakai ni." - Ini kata Neelofa sambil disambut dengan gelak tawa

"Girl your are so mean" - Ini komen seorang make up artist yang ada di tempat itu.
Sebelum ini Fazura ada mengatakan dia tak nak posing (shooting) kalau tak dapat makan Kek Batik.

Ini videonya:



@FizzZoule ternyata berang dan bengang dengan sindirian dari Neelofa itu. Malah peminat Fazura ini menggelar Neelofa sebagai seorang yang cemburu.

Malah @FizzZoule juga mengatakan dia amat menyampah dengan Neelofa yang dikatakan sebagai seorang yang mempunyai hati hitam.

Rata rata para netizen terutama peminat setia Fattah Amin dan Fazura (FattZura) mula tidak berpuashati kenapa Neelofa bertindak sebegitu.

Atau sebenarnya Neelofa hanya sekadar mahu gurauan sesama artis?

Untuk pengetahuan, Neelofa pernah berlakon dan dikatakan menjalin hubungan dengan Fattah Amin ketika berganding dalam drama Suri Hati Mr Pilot.

Fazura pula menjalin hubungan dengan Fattah Amin ketika berlakon bersama dalam drama Hero Seorang Ciderella.

Akhirnya hubungan yang dibina di lokasi penggambaran terus berputik sehingga kedua duanya bernikah dan bergelar suami isteri.

Sumber: Rotikaya

Tiada ulasan