Rahsia Lagu "Taman Rashidah Utama", Bob Lokman Tulis Setelah Pinangan Ditolak Aida Aris

Share:
 
Siapa yang tak tahu dengan lagu popular berjudul Taman Rashidah Utama nyanyian kumpulan rock Wings.

Lagu Taman Rashidah Utama ini antara lagu rock kapak yang kekal relevan dan evergreen sehingga ke hari ini.

Walaupun sudah mencecah 30 tahun sejak kali pertama diterbitkan pada 1988 menerusi album Wings "Hukum Karma", lagu ini masih lagi segar dan masih diterima baik peminat muzik tempatan termasuk remaja zaman kini.

Untuk pengetahuan, pencipta dan penulis lagu ini ialah Bob Lokman yang turut pernah menulis lagu popular lain seperti Isabella.

Baru-baru ini, Bob Lokman mendedahkan dia mempunyai cerita tersendiri bagaimana mendapat ilham menulis lagu "Taman Rashidah Utama" berkenaan sehingga boleh kekal hits sampai sekarang.

Jika ramai yang masih tidak maklum, terdapat satu taman yang dinamakan Taman Rashidah Utama yang terletak di Senawang, kira-kira 10 kilometer dari Seremban.

Rupanya lagu popular nyanyian Wings itu dinamakan sempena nama taman tersebut, menurut Bob kepada New Straits Times.

Ini pendedahan Bob Lokman:

"Ketika saya berusia lewat 20-an, saya kenal sorang gadis 14 tahun dan jatuh cinta dengannya. Saya kemudian tahu yang dia tinggal di Taman Rashidah Utama, Seremban. Saya biasa berulang-alik Seremban ke KL sebab Wings berlatih di studio di sana.

"Gadis itu singgah di studio dengan rakan-rakannya pada suatu hari untuk bertemu Wings. Dia cantik tapi saya tidak pernah dihiraukan. Tapi saya tetap suka dia dan kami kekal berkawan.

"Saya sanggup tunggu sampai dia habis sekolah dan rancang nak jumpa keluarganya untuk masuk meminang. Tapi dia jelaskan dia memang tak ada perasaan pada saya.

"Saya tetap hantar rombongan namun pinangan ditolak oleh gadis itu dan keluarganya. Saya patah hati.

"Selepas pinangan ditolak, saya ke Seremban dan melalui perumahan itu untuk melihat gadis itu walau untuk sekejap. Tidak lama kemudian saya putus asa, dari situlah datang ilham untuk lagu Taman Rashidah Utama.


Rupa-rupanya, gadis yang diminatinya dulu itu adalah pelakon Aida Aris. Setelah Aida Aris menjadi pelakon, mereka masih kekal berkawan sehinggalah hari ini.

Tambah Bob, mereka tergelak mengenangkan apa yang terjadi antara mereka sebelum itu.

Ini jelasnya:

"Dia juga mencadangkan saya buat kisah kami menjadi drama tapi sehingga kini idea tersebut masih tidak direalisasikan. Taman Rashidah Utama bukan sekadar tentang patah hati, tapi peringatan jika kita buat sesuatu ikhlas dari hati, ia akan bawa kita ke arah sesuatu yang tak pernah kita jangka

Dalam perkembangan lain, Bob Lokman  kini ditahan di Hospital UiTM Sungai Buloh akibat sakit jantung dan masalah paru-paru.

Bob Lokman meminta orang ramai mendoakan kesihatan nya agar kembali pulih seperti biasa.

Sumber: NST

Tiada ulasan