Sajat Tampil Dengan Lagu Baru Berjudul "Makhluk Penggoda"

Share:

Nur Sajat merupakan satu nama yang amat popular di Malaysia. Boleh dikatakan apa saja yang Sajat lakukan akan diperkatakan orang ramai.

Mula mencipta nama sebagai usahawan kosmetik, ianya kemudian membuka peluang kepada Nur Sajat untuk terbabit secara langsung dalam bidang hiburan.

Dalam perkembangan terbaru, Sajat juga akan tampil dengan lagu baru berjudul Makhluk Penggoda.

Ini komen Sajat tentang lagu barunya itu:

"Alhamdulillah, sekarang, saya sudah siapkan ‘teaser’ untuk mempromosikan single itu. Insya-Allah, jika semuanya berjalan lancar, ia akan dilancarkan bulan ini atau April nanti"

Sajat trut merancang untuk membuat muzik video untuk lagu Makhluk Penggoda itu.

Ini komennya lagi:

"Akan ada pelancaran untuk lagu ini dan muzik videonya juga akan menjalani penggambaran tidak lama lagi. Buat kat mana tu belum tahu lagi sebab kalau boleh saya tak mahu main shoot saja. Kena cari masa sebab tak nak buat kelam-kabut. Walaupun dislike banyak ke, tidak ke…terpulanglah pada pendengar. Tapi muzik video saya akan all out! Apa pun, saya buat dengan ikhlas"

Selain itu, Sajat kini muncul dalam satu program realiti berjudul Nur Sajat Rated Xtra. Rancangan itu telah mula ditayangkan secara online di Tonton bermula 28 Februari.

Program realiti itu akan memaparkan mengenai kehidupan seharian Sajat sebagai ibu dan usahawan.

Nur Sajat Rated Xtra akan bersiaran dua kali dalam seminggu di laman web berkenaan.

Selain itu, baru-baru ini Sajat menerima satu tawaran berlakon, namun terpaksa menolak.

Menurut Sajat, dia terpaksa menolak tawaran itu kerana ada komitmen lain membabitkan perniagaannya.

Ini penjelasan Sajat:

"Memang saya minat dalam bidang seni, tetapi perniagaan tetap menjadi keutamaan

Sajat berkata, tawaran berlakon filem yang diterimanya baru-baru ini sepatutnya dia bergandingan Datuk Awie.

Sebelum ini, Sajat pernah muncul dalam filem Ophilia pada 2014.

Sumber: Harian Metro / Media Hiburan

Tiada ulasan