"Sampai Aku Rasa Hati Aku Mati Kehilangannya" - Luahan Intan Liana

Share:
 
Umum mengetahui suami kepada pelakon popular Izreen Azminda iaitu Ude Wahid dalam proses menceraikan isteri pertama.

Semalam, Ude Wahid yang juga merupakan seorang pemuzik, telah hadir ke mahkamah untuk membuat permohonan melafazkan cerai terhadap isteri pertama iaitu Intan Liana Saleh.

Kes mereka akan disebut semula pada tarikh 22 Mac 2017 nanti.

Apabila orang awam mengetahui hal ini, ramai yang bersimpati terhadap isteri pertama Ude Wahid bernama Intan Liana itu.

Intan Liana telah hadir ke mahkamah sekitar jam 2 petang bersama ahli keluarganya dan juga anaknya.

Di mahkamah, oleh tidak dapat menahan rasa sebak di atas apa yang berlaku, akhirnya Intan Liana mengalirkan air matanya.

Beberapa foto Intan Liana menangis di mahkamah lantas menjadi viral sekelip mata.

Ketika di temubual oleh pihak media, Intan Liana mengatakan dia masih menyayangi suaminya itu namun tetap redha dengan apa yang berlaku.

Di laman Instagram miliknya, Intan Liana ada meluahkan perasaannya melalui Insta Stories.

Ini tulisnya:

"Aku pernah sayang orang sepenuh hati, sampai aku rasa hati aku mati kehinlangan dia"

"Sedih itu datang dari hati, bukan dari muka. Luar nampak happy tapi dalam hanya tuhan sahaja yang tahu"

"Jika Allah tak mengizinkan kita bersatu dengan orang yang kita cinta.. semoga Allah satukan kita dengan orang yang mencintai kita"

"Selamat ulang tahun perkahwinan yang kelima"

Memang sedih juga nukilan dari Intan Liana ini apatah lagi tarikh 1 Mac merupakan tarikh ulang tahun perkahwinannya dengan Ude Wahid.

Pasangan ini bernikah pada 1 Mac 2013 dan mereka berdua di kurniakan dua orang cahaya mata.

Ude Wahid bernikah dengan Izreen Azminda pada Ogos tahun lalu.

Sumber: IG Intan Liana

Tiada ulasan