Sampai Menangis Dibuatnya Amyra Rosly

Share:


Pelakon yang kini telahpun bergelar ibu, Amyra Rosli mengakui pernah menangis kerana terpaksa meninggalkan anak sulungnya, Aqeef Anaqi selama empat hari buat pertama kali.

Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli yang kini berumur 27 tahun berkata, dia terpaksa berbuat demikian kerana suaminya iaitu pelakon popular Amar Baharin sudah menempah tiket ke Bangkok untuk ber shopping dan membeli baju di negara jiran itu.

Ini pendedahan dari Amyra Rosli:

"Pertama kali saya terpaksa tinggalkan Aqeef Anaqi selama empat hari. Kalau sebelum ada anak, saya rasa teruja kalau dapat berjalan atau bercuti.

"Tapi kali ini saya menangis sebab tiba-tiba Amar beli tiket ke Bangkok untuk beli baju. Kami terbang ke sana pada bulan lalu.

"Setiap kali ada wifi atau internet memang saya terus buat Facetime untuk melihat anak"

Amyra ditemui ketika pertunjukan fesyen koleksi Anggun Raya Mek Kembang Cotton X Amyra Rosly di Hotel Everly minggu lalu.

Kata Amyra Rosli lagi, dia juga kerap membawa anak dan suami serta ibu menemani nya ketika bekerja di set penggambaran.

Ini penjelasan Amyra lagi:

"Kadang-kadang anak, suami dan ibu saya ikut pergi set penggambaran. Sebab dekat rumah pun tak ada buat apa, jadi tak salah mereka ikut sekali.

"Lagipun senang juga saya nak menyusukan anak bila dia ada dekat dengan saya. Amar pula akan ikut jika mempunyai masa lapang.

"Tambahan pula, kalau saya kerja memang ibu yang jaga Aqeef. Sebab itu bawa sekali mereka ke set"

Untuk pengetahuan, pasangan pelakon popular, Amyra Roslu dan juga Amar Baharin telah berkahwin pada November 2016.

Keluarga mereka bertambah seri apabila pasangan ini dikurniakan putera sulung pada 15 Oktober tahun lalu yang diberi nama Aqeef Anaqi.

Sumber: mStar

Tiada ulasan