"Saya ajar dia mengaji dan solat, tetapi dia tidak faham dan bebal" - Suami Ziana Zain

Share:

Hari ini satu berita yang mengejutkan industri hiburan tanah air telah diterima.

Suami kepada penyanyi terkenal Ziana Zain iaitu Armin Zaharin Ahmad Zambri telah didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini, atas tuduhan mencederakan anak lelakinya, pada 25 Februari lalu.

Armin yang kini berumur 53 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Mengikut pertuduhan terhadapnya, Armin yang kini tidak berkerja, didakwa menyebabkan kecederaan luka dan lebam terhadap seorang anaknya dengan menggunakan rotan.

Kelakuan itu dilakukan di kediamannya di Denai Alam, Shah Alam sekitar pada jam 4 pagi, 25 Februari lalu.

Berikutan itu, suami Ziana Zain itu telah didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda atau sebat atau dua dari mana-mana seksaan itu.

Terdahulu, Armin ketika membuat rayuan, memaklumkan perbuatan itu dilakukan dengan tujuan mengajar anaknya itu mengaji dan bersolat.

"Saya tidak dera anak. Saya ajar dia mengaji dan solat, tetapi dia tidak faham dan bebal.
 

"Saya bertanggungjawab terhadap empat anak selain mempunyai emak yang sakit dan perlu menghantarnya ke hospital"

Raja Noor Adilla kemudiannya menurunkan jumlah jaminan daripada RM10,000 kepada RM5,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, bekas pramugara itu tidak mempunyai penjamin. Ziana Zain dilihat tidak hadir pada prosiding mahkamah hari ini.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharif Afendi dan kes disebut semula 4 April ini.

Berdasarkan kertas pertuduhan, laporan polis itu dibuat sendiri oleh Ziana pada 27 Februari lalu sebelum Armin ditahan pada Jumaat lalu.

Ziana Zain dan Armin telah mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dan sepanjang perkahwinan pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Kita tunggu penjelasan dari Ziana Zain pula tentang isu ini.

Sumber: Berita Harian

Tiada ulasan