Home Top Ad

Responsive Ads Here

"Saya Akui Kesilapan, Minta Maaf, Tak Sengaja Sakiti Hati Siti Nurhaliza"

Share:


Berita kelahiran bayi pertama penyanyi popular Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami Datuk Khalid menjadi tajuk utama pada minggu ini.

Penyanyi popular tanah air ini, telah pun selamat melahirkan bayi perempuan melalui pembedahan Caeserean Section di sebuah pusat perubatan.

Kedua-dua ibu dan juga bayi itu dalam keadaan sihat walafiat. Anak perempuan itu di panggil Fatima Az Zahra sehinggalah nama sebenar akan didedahkan oleh keluarga Siti tidak lama lagi.

Namun, ada satu insiden yang mana wajah anak Siti Nurhaliza telah tersebar dan menjadi viral di laman Facebook dan ianya dibuat tanpa kebenaran pihak Siti.

Penyebaran gambar wajah anak Siti Nurhaliza itu membuatkan keluarga Siti Nurhaliza terkilan seperti mana yang diucapkan sendiri oleh Datuk Khalid.

Seorang wanita bernama Wann Arianna yang menyebarkan foto berkenaan di laman Facebook telah tampil menjelaskabn perkara yang berlaku dan meminta maaf kepada keluarga Siti.

Wann Arianna yang juga jurusolek sambilan berkata, dia mendapat gambar dan video itu daripada rakan menerusi aplikasi Whatsapp sebelum memuat naik di Facebook.

Wan yang menggunakan akaun Wann Arianna juga akui dia tidak tahu menahu mengenai kenyataan suami Siti yang mana mereka bakal berkongsi wajah anak selepas tujuh hari kelahiran.

Ini kenyataan dari wanita ini:

"Saya minta maaf dan sedia berjumpa pihak Siti untuk menjelaskan perkara sebenar,"

"Saya hanya berniat nak berkongsi kegembiraan. Pada awalnya, ramai yang mengucapkan tahniah. Namun, apabila seorang komen dan minta memadam status berkenaan, ramai turut komen sama. Malah, mereka mula mengecam saya.

"Ketika perkara itu kecoh, saya berada di luar. Sejurus tiba di rumah, saya perasan banyak notifikasi masuk. Baru saya sedar status berkenaan mengundang amarah banyak pihak.

"Saya terkejut dan tidak menjangka perkara itu tular. Akhirnya, saya mengambil keputusan memadam dan mennyahaktifkan akaun Facebook buat sementara waktu,"

"Sekali lagi saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan tidak sengaja untuk menyakiti hati pihak Siti.

"Kalau daripada awal saya tahu mengenai kenyataan yang mereka belum bersedia berkongsi wajah anak, saya takkan buat perkara ini. Saya akui dan sedar kesilapan saya," 


Terdahulu, perkongsian Wan di laman Facebook miliknya menjadi viral.

Bagaimanapun, beberapa jam selepas status itu di muat naik, Wan telah dikecam hebat kerana menyebar foto tanpa kebenaran keluarga Siti.

Wanita ini kemudian telah memadam gambar itu bagi mengelakkan perkara lebih buruk berlaku.

Sumber: Harian Metro

No comments