"Saya memang tak suka wanita yang ambil suami orang" - Rozita Che Wan

Share:
 
Kini memang sedang hangat diperkatakan tentang isu merampas suami orang. Memang banyak kes sedang berlaku dan menjadi viral di laman media sosial.

Pelakon popular Rozita Che Wan ada membuat kenyataan tentang isu wanita merampas suami orang ini.

Melalui satu laporan dari portal hiburan Rotikaya, Rozita Che Wan ada mengatakan dia memang tak menyukai dengan wanita yang suka ambil suami orang.

Namun bagi Rozita Che Wan, sekiranya sudah bermadu, mereka seharusnya meneruskan kehidupan dan tak perlu melihat masa lalu.

Rozita Che Wan juga mengatakan dia bukanlah seorang yang menghalang poligami tetapi katanya, kalau boleh dia mahu elakkan.

Ini komen Rozita Che Wan:

"Orang yang akan menghancurkan hidup perempuan adalah perempuan itu sendiri"

"Kalau kita kahwin dengan lelaki bujang, kita tak boleh nak halang kalau suami nak berkahwin lain. Tapi kita sebagai wanita, boleh halang diri kita untuk berkahwin dengan suami orang. 

"Malah saya sendiri tidak menghalang poligami. Cuma kalau kita tahu lelaki tersebut sudah berkahwin, kita elakkan"

"Saya memang tak suka wanita yang ambil suami orang. Sebab saya takut orang ambil laki (suami) kita"  

"Nasib seseorang qada’ dan qadar berbeza. Kalau seseorang lelaki dapat wanita secantik bidadari sekalipun, kalau dia nak kahwin lain sama juga,"

"Bagi yang telah dimadukan, saya harap mereka teruskan kehidupan. Tak perlu untuk melihat benda yang sudah berlalu.


"Past is past. Mungkin jodohnya dengan suaminya setakat itu sahaja. Malah mungkin juga kehidupan dan rezeki yang lebih baik juga bakal menanti "


Rozita Che Wan yang lebih mesra dipanggil dengan panggilan Che Ta ini, sebagai seorang wanita, mereka tidak dapat menghalang suami berkahwin dengan wanita lain, tetapi boleh menghalang diri untuk berkahwin dengan suami orang.

Che Ta juga menegaskan, dia tidak menujukan kenyataannya kepada individu secara khusus, Che Ta berkata pengalaman lalu banyak mengajarnya.

Justeru Che Ta memberi pesanan buat mereka yang mengalami dugaan perkahwinan.

Che Ta berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis pengenalan duta Koperasi Tunas Muda Sg Ara Berhad, di sebuah hotel di ibu negara.

Dalam majlis berkenaan, Che Ta telah dilantik selaku duta syarikat berkenaan.

Rozita Che Wan bernikah dengan Zain Saidin pada tahun 2013 dan pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Aaisyah Dhia Rana.

Sumber; Rotikaya / Sinar Harian

Tiada ulasan