Sebenarnya Sebelum Kahwin, Intan Ada Kerja.. Pendedahan Mengejutkan Dari Rakan Intan Liana

Share:
 
Kisah rumah tangga yang penuh kontroversi yang menimpa pelakon terkenal, Izreen Azminda dan suami, Muhamad Radzi Abdul Wahid atau Ude serta isteri pertama, Intan Liyana Saleh bukan hanya menarik perhatian netizen, tetapi juga penyanyi Ani Mayuni.

Semalam, di laman media sosial, Ani Mayuni menulis satu caption tentang isu ini.

Ani Mayuni dilihat telah memberi sokongan penuh kepada Intan Liana yang juga sudah lama dikenalinya.

Ini tulis Ani Mayuni di laman media sosial miliknya:

"Terima kasih pada semua netizen kerana anda semua pemberi sokongan dan kekuatan buat dia yang bernama Intan. Dulu sebelum berkahwin dia mempunyai kerjaya, apabila kahwin suami tak mengizinkan adik saya ni bekerja. Jadi dia akur dengan kehendak suami.

"Siapa nak sangka dalam sekelip mata jadi begini dalam hidup dia. Dia redha dan sanggup bermadu, tapi dah sang suami TIADA HATI. Akak doakan semoga adik kuat, percaya pada yang SATU dia dah atur sesuatu yang terbaik buat adik.

"Khabarnya sekarang ini banyak produk nak amik adik jadi duta? Tahniah dari akak. Kau sangat cantik dik. Jangan toleh belakang dah. Sentiasa senyum walaupun perit. Hug and kiss for you"

Status menjadi perhatian orang ramai apatah lagi apabila Ani Mayuni membahasakan dirinya sebagai kakak adik dengan Intan Liana.

Orang ramai tertanya-tanya apakah hubungan sebenar mereka berdua.

Akhirnya Ani Mayuni tampil mendedahkan segalanya.

"Sebenarnya saya dan Intan telah lama saling mengenali antara satu sama lain. Kakak sulungnya, Roza merupakan pengurus saya semenjak awal bergelar artis lagi. Jadi saya rapat dengan seluruh keluarganya sejak dulu sehinggalah sekarang.

"Malah saya juga mengenali Ude sebelum mereka berkahwin lagi kerana suami saya dan bapa Ude bekerja di tempat yang sama.

"Jadi bila mengetahui rumah tangga mereka diuji sebegini, saya sebagai kakak tentunya berasa amat sedih dan itu yang menyebabkan saya menulis status berkenaan semalam"

Menurut Ani lagi, selama mendirikan rumah tangga bersama Ude, Intan sangat menyayangi suaminya itu, malah sanggup berhenti kerja demi menumpukan perhatian kepada keluarga mereka.

Selain itu, Intan juga sanggup hidup bermadu apabila mengetahui Ude telah berkahwin kali kedua bersama Izreen Azminda.

Ini komen Ani lagi:

"Sepanjang mengenali Intan, saya tahu dia seorang yang sangat baik malah begitu menyayangi Ude sebagai suami.

"Walaupun terluka dengan pernikahan kali kedua Ude pun, dia masih lagi mahu mempertahankan rumah tangga mereka sehingga suaminya memfailkan perceraian di mahkamah.

"Berat betul dugaan yang dia terima sebagai isteri, tapi saya percaya dia mampu menghadapinya kerana Intan seorang yang sangat kuat

Ditanya tentang Ude, Ani tidak mahu mengulas panjang kerana berasakan dia tidak perlu masuk campur dalam permasalahan rumah tangga mereka.

"Apa yang boleh saya katakan, saya kenal Ude sebagai seorang lelaki yang sangat penyayang dan mementingkan keluarga.

"Jadi apa yang berlaku ini sangat mengejutkan saya"

Itulah komen dari kenalan Intan dan juga Ude iaitu penyanyi Ani Mayuni. 

Ani Mayuni merupakan seorang penyanyi bergenre dangdut dan pop dan juga pelakon yang popular satu masa dulu.

Antara lagu Ani yang popular ialah Sedap, Terang Bulan dan Sha Lala

Sumber: Sinar

Tiada ulasan