"Sedih Orang Cakap Macam Tu Kat Mak" - Elfira Loy Sebak, Mengalir Air Mata Emaknya Dikecam Teruk

Share:

Apabila ibu kepada pelakon popular Elfira Loy iaitu Filzah Yusuff membuat beberapa kenyataan tentang isu putus tunang anaknya bersama Sufian Suhaimi menerusi akaun Instagram, ramai pihak dan para netizen yang beranggapan wanita tersebut terlalu lantang bersuara.

Ibu Elfira Loy dikatakan banyak mencampuri urusan percintaan anaknya sehingga ada yang menuduh beliau lah yang menjadi punca perpisahan dan putus tunang pasangan selebriti itu.

Pelakon Elfira Loy yang kini berumur 24 tahun ternyata terharu dan tidak mampu menahan sebak ketika bercerita mengenai ibunya iaitu Filzah Yusuff yang sanggup mempertahankan maruahnya ketika dia berdepan kecaman orang ramai.

Elfira atau Nurul Elfira Loy Binti Ahmad Sabri berkata dia mengagumi ibunya dan percaya apa yang dilakukan oleh ibu itu merupakan perancangan terbaik.

Apabila berbicara tentang ibunya, Elfira dilihat berasa sebak dan mengalirkan air matanya.

Ini penjelasan Elfira:

"Ibu saya adalah insan yang membuatkan saya kuat ketika berdepan pelbagai dugaan dan cabaran. Apa sahaja yang dia lakukan, niatnya hanya untuk anak-anak bukannya untuk diri sendiri."

"Dia sanggup dipersalahkan asalkan bukan anak-anaknya yang menanggung kecaman orang luar. Sebagai anak, saya sangat sedih apabila orang sanggup mengeluarkan tohmahan kepadanya"

"Saya kasihan bila orang cakap macam itu dekat mak saya sebab saya tak pernah cakap ayat buruk macam itu dekat mak orang lain, tapi saya tahu dia buat ini semua supaya orang tahu saya tak salah kerana saya dah buat yang terbaik"

"Saya kuat dan terus berada di sini kerana emak saya, dia wanita yang sangat kuat dan sebab dia saya nak terus berlakon dan buat saya nak kerja keras.

"Dia sumber inspirasi saya kerana dia tak pernah berhenti bekerja dan sentiasa fikir fasal anak-anak dan bukan sebab diri sendiri"


Elfira Loy berkata sedemikian menerusi siaran langsung di laman Instagram adiknya, Ezlisaa Loy.

Dalam siaran live itu, Elfira Loy turut melancarkan program bual bicara baharu diberi nama The El Live Show yang bakal bersiaran secara langsung di lamanmedia sosial Instagram miliknya setiap bulan.

Sebelum ini, nama Elfira menjadi perbualan hangat orang ramai apabila ibunya mengesahkan ikatan pertunangan di antara Elfira Loy dan Sufian Suhaimi sudah berakhir.

Pihak perempuan sudah pun memulangkan cincin pertunangan di rumah keluarga Sufian di Muar, Johor pada 18 Februari lalu.

Pasangan selebriti ini mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober 2017 dan sepatutnya melangsungkan pernikahan pada bulan Mac 2018.

Dalam perkembangan lain, Sufian Suhaimi telahpun melancar lagu barunya berjudul 'Di Matamu'.

Muzik video lagu baru Sufian Suhaimi ini menjadi viral dan sudah mencecah lebih dari 2 juta tontonan dalm masa beberapa hari sahaja selepas dilancarkan.

Sumber: Utusan / mStar

Tiada ulasan