"Sejujurnya saya sudah tawar hati ketika majlis pertunangan" - Pendedahan Bapa Elfira Loy

Share:

Setelah banyak pihak memberi kenyataan termasuk ibu Elfira Loy, isu putus tunang membabitkan pasangan popular, Elfira Loy dan Sufian Suhaimi nampaknya masih belum.

Punca perpisahan antara Elfira Loy dan Sufian Suhaimi tidak didedahkan kepada umum, dan ini membuatkan ramai membuat spekulasi punca meeka berdua putus tunang.

Antara spekulasi yang timbul termasuklah kononnya keluarga Elfira meletakkan jumlah wang hantaran yang tinggi yang tak mampu disediakan oleh Sufian Suhaimi.

Malah selepas keluarga kedua belah pihak sepakat untuk tidak memanjangkan isu ini, Sufian pula dilihat terus-terusan memenuhi undangan teman media untuk terus bercerita mengenai hal berkenaan.

Akhirnya, tidak tahan melihat perkara ini berterusan, bapa Elfira Loy, Ahmad Sabri Ariffin, berkongsi isi hatinya.

Bapa Elfira dilihat kecewa kerana Sufian terus-terusan bercerita tentag isu putus tunang ini.

Ahmad Sabri berkata lagi, selepas memulangkan cincin itu, sepatutnya isu ini tidak dipanjangkan lagi dan percaya kedua belah keluarga menerima ketentuan ini dengan lapang dada.

Menurut Ahmad Sabri lagi, bekas isterinya, Filzah Yusoff yang juga ibu kepada Elfira juga turut diserang secara emosi apabila dikatakan mata duitan dan menjadi punca utama putus tunang terbabit.

Ini temubual Ahmad Sabri:

IBU ELFIRA LOY DISERANG SECARA EMOSI

"Kenapa ada yang beranggapan wang jumlah hantaran yang tinggi menjadi punca mereka putus tunang. Percayalah masa majlis merisik mahupun bertunang tak ada pun perkara ini dibangkitkan. Masa dua majlis berkenaan pihak keluarga saya sendiri tak ada minta yang minta-minta. Jadi kenapa perlu ada andaian itu dan ini.

"Setahu saya, bekas isteri hanya meminta Sufian menghafal surah Al Mukh saja dan membuat tabungan sebelum tiba hari mereka berkahwin. Saya dapat tahu Januari lalu pun dia belum hafal sepenuhnya surah itu. Ada juga yang tuduh keluarga kami mahukan lelaki yang kaya untuk jadi suami Elfira.


BANYAK BENDA BAGAI TAK KENA, MAJLIS KELAM KABUT

Menurut Ahmad Sabri lagi sejak permulaan ikatan Elfira Loy dengan Sufian terjalin, naluri hatinya sebagai bapa berasakan banyak benda bagai tak kena.

Ini pendedahan dari bapa Elfira Loy:

"Jujurnya ketika majlis bertunang bulan Oktober lalu pun saya sudah tawar hati. Tapi saya ikut rentak dan percaya mungkin ini semua ujian serta dugaan kecil. Majlis pertunangan pun sebenarnya kelam kabut. Saya lihat ia petanda tak baik yang hubungan mereka takkan lama. Cuma saya tidak mahu cepat buat keputusan terburu-buru kerana ia soal kebahagiaan anak sendiri.

"Kira-kira dua bulan selepas bertunang iaitu pada November tahun lalu saya berbincang dengan ibu Elfira bagaimana untuk tidak meneruskan hubungan mereka. Kita orang Melayu ada cara, budaya dan adat sekalipun nak putuskan tali pertunangan. Jujur langkah saya berat tapi mahu atau tidak kena teruskan.

"Saya cari waktu yang sesuai untuk pulangkan cincin selain Elfira, abangnya dan bekas isteri turut mengerjakan umrah pada awal Februari lalu. Hinggalah terjadi juga detik itu pada 18 Februari lalu"


RANCANGAN AWAL, NAMPAK MACAM TERGESA-GESA

"Selepas majlis merisik Jun tahun lalu, keluarga Sufian bercadang mengadakan majlis tunang pada bulan Februari atau Mac tahun ini. Jadi ikut pertimbangan majlis kahwin mungkin akan berlangsung Jun tahun ini. Jadi dalam hati saya bercita-cita nak taja bulan madu mereka di Makkah seperti yang diingini Elfira.

"Malah jarak setahun itu saya lihat sedang elok untuk mereka kenal hati budi selain membuat persiapan kahwin. Tapi yang jadi sebaliknya apabila apabila majlis pertunangan dipercepatkan Oktober tahun lalu. Saya percaya benda yang baik wajar dipercepatkan. Namun daripada sudut lain, nampak macam ia tergesa-gesa sangat hingga majlis kahwin diberi bayangan pada bulan ini.

"Dua minggu sebelum bertunang pun, saya dan ibu bapa Sufian berjumpa di sebuah kedai kopi di Senawang. Saya tawar berjumpa kerana pada mulanya urusan nak bertunang ini menggunakan media telefon bimbit. Saya cakap urusan ini kena jumpa dan berbincang elok elok.

"Saya faham mereka muda, ghairah nak kahwin. Saya pun pernah muda. Tapi kita yang orang tua ini kenalah pantau. Kahwin ini bukan babit hati dua pengantin saja tetapi juga keluarga masing-masing. Jangan lepas tangan. Selepas itu juga saya bertemu Elfira untuk cari jalan termasuk memaklumkan kepada rakan media bahawa majlis kahwin takkan terjadi pada tahun ini"


ELFIRA LOY KUAT

Malah selepas putus tunang, Ahmad Sabri lihat Elfira sangat kuat biarpun tahu hatinya rapuh dan luluh kerana hari bahagia tak jadi seperti yang diingini.

"Saya kenal anak sendiri dan jika ibu bapanya tak restu termasuk soal pilihan hidup, dia tak akan sewenang-wenangnya membantah"

Temu bual eksklusif ini dibuat oleh wartawan Rojak Daily.

Diimbas kembali, Sufian Suhaimi dan Elfira Loy bertunang pada 6 Oktober tahun lalu dan sepatutnya majlis pernikahan mereka berlangsung pada bulanMac tahun ini.

Mereka mengesahkan putus tunang pada bulan Februari yang lalu sekaligus mengejutkan ramai pihak terutama para peminat.

Sumber: Rojak Daily

Tiada ulasan