Serang Malique Too Phat, Ini Respon Dari Altimet

Share:
 
Penyanyi Altimet telah melancarkan lagu terbarunya berjudul Mambang yang telah mencetuskan sedikit provokasi di antara peminat muzik rap.

Altimet atau nama penuhnya, Ahmad Abdul Rahman, didakwa menggunakan lagu ini untuk menghentam penyanyi rap popular iaitu Malique.

Namun Altimet telah menyangkal dakwaan lagu Mambang menyerang bekas anggota kumpulan Too Phat iaitu Malique.

Altimet menjelaskan melodi dan lirik lagu itu sebenarnya berkisarkan tentang dirinya sendiri.

Ini komennya:

"Tidak. Ia bukan berkenaan atau ditujukan kepada sesiapa dan perkara ini memang banyak yang bertanya dengan saya.

"Tahun lalu saya dapat idea menghasilkan lagu ini daripada seorang teman apabila dia kata perjalanan dunia seni saya sudah jauh berjalan.

"Lirik lagu itu sebenarnya mengenai diri saya yang dahulu dan saya ‘tembak’ (menyentuh) diri saya yang sekarang. Saya lawan dengan diri sendiri"

Dalam pada itu, Altimet berkata, dia tidak kisah sekiranya ada pihak masih tidak percaya dengan penjelasannya itu.

Malah kata Altimet, dia sendiri sudah menerangkannya secara terperinci mengenai lirik Mambang di Twitter dan menyerahkan kepada masyarakat untuk menilainya.

Ini jelasnya lagi:

"Mambang itu merujuk kepada diri saya yang lama dan pada tahap sekarang saya tak kisah jika masih ada yang tak percaya.

"Saya sendiri memang sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku sebelum melancarkan Mambang.

"Tetapi Alhamdulillah di sebalik itu Mambang mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat walaupun ia tidak banyak dimainkan di radio"

Itulah penjelasan dari Altimet tentang isu menyerang Malique menerusi lagu Mambang.

Semuanya salah faham dari para peminat sahaja. Sebenarnya lagu itu adalah untuk diri sendiri bukannya untuk Malique.

Sumber: mStar

Tiada ulasan