Home Top Ad

Responsive Ads Here

Setelah Dikecam Teruk Perlekeh Samsung, Ameera Khan Tampil Beri Respon

Share:


Siapa lagi yang tidak kenal dengan salah seorang adik beradik kepada pelakon/pengacara popular iaitu Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa iaitu Ameera Khan. Adik kepada seleberiti popular ini sememangnya popular dengan pelbagai isu dan kontroversi.

Terbaru, selang berberapa  hari yang lalu kisah viral  tentang  adik neelofa yang menjadi bualan para netizen kerana  memperlekehkan sebuah telefon bimbit berjenama Samsung melalui sebuah video yang dimuatnaik melalui akaun media Instagramnya.

Isu tersebut telah menyebabkan  kemarahan netizen dan bertindak untuk mengecam adik pelakon dan pengacara popular ini. Terkini adik Neelofa iaitu Ameera Khan melalui akaun Instagram peribadinya telah pun  memuatnaik status bagi permohonan maaf berhubung isu dengan rakaman video tersebut.

Gara-gara video yang meperlekehkan telefon jenama Samsung itu  telah menyebabkan ia ditonton sebanyak 309k kali melalui media sosial  YouTube milik Ameera Khan sendiri serta  mendapat komen melebihi 2k yang kebanyakannya  tersinggung dan tergangu dengan jawapan yang diberikan.




Disebabkan isu terbabit, Ameera Khan mengakui bahawa dia tidak berfikir panjang dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan terbabit kerana  disebabkan terlalu selesa berada  hadapan kamera serta orang yang berada disekitarnya waktu itu.


Dalam pada masa yang sama, Ameera Khan iaitu adik kepada seleberiti Neelofa juga turut menyatakan bahawa dia menyedari  kata-katanya itu telah menyinggung banyak pihak netizen tetapi dia menegaskan bahawa dia tidak mempunyai apa-apa niat untuk menaikkan kemarahan masayrakat ramai.



Jelasnya  lagi, dia akan memstikan  akan menimbang semula setiap apa yang ingin dipertuturkam dan akan memilih benda yang tidak akan menimbulkan isu kontroversi mahupun  menyinggung mana-mana pihak lagi selepas ini.

Jadi, para netizen semua hentikan lah keceman terhadap adik kepada seleberiti Neelofa ini ya. Mungkin Ameera Khan terlepas cakap dan tidak senjaga berindak sedemikian. Di harap pihak Ameera Khan juga haruslah berfikir secara matang sebelum bertindak.

Sumber : Instagram Lilttle Miss Khan

No comments