Home Top Ad

Responsive Ads Here

Sharnaaz Ahmad "Sekolahkan" Kevin Zahri Tapi Yang Berlaku Kemudian..

Share:
 
Siapa yang tak kenal dengan pelakon Sharnaaz Ahmad yang boleh dikatakan sangat lantang bersuara apabila ada isu yang dirasakan tidak kena di matanya.

Pelakon Juvana ini sering menulis pendapatnya di laman media sosial dan kadangkala ada menimbulkan kontroversi.

Baru-baru ini Sharnaaz bersuara mengenai tindakan jurulatih kecergasan Kevin Zahri yang muncul sebagai ahli panel dalam satu forum yang berbicara tentang politik.

Forum yang membincangkan kelayakan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir untuk menggalas jawatan sama di usia 93 tahun menampilkan Kevin Zahri sebagai panel untuk memberi komen dari segi kecergasan.

Namun, bagi Sharnaaz, dia rasa penglibatan Kevin dalam acara sebegitu tidak bagus dan tidak berbaloi.

Suami kepada kakak Neelofa ini menyarankan kepada Kevin Zahri untuk kekal membuat apa yang menjadi kepakarannya sahaja dan tidak masuk campur dalam urusan politik.

Ini komen Sharnaaz:

"Tu bukan Kevin Zahri ka? Hang cikgu fitness kan.. yang dok masuk politik pasai apa? Dari protien shake ke parlimen ka? Dude just do what u do best leave politics bro. Not worth it..

Setelah menyuarakan pendapatnya, nampaknya, ada perkaara yang tidak disangka oleh Sharnaaz berlaku.

Para netizen dilihat tidak bersetuju dengan kenyataan daru Sharnaaz dan menganggap Kevin berhak bercakap kerana semua orang dilahirkan untuk menjadi pemimpin di muka bumi ini.

Salah seorang pengikut Sharnaaz juga mencadangkan kepada abang ipar Neelofa itu untuk menonton dahulu sesi perbincangan yang boleh didapati di Youtube dan tidak hanya mengkritik hanya dengan sekeping foto.

Seorang lagi pengguna Twitter, Ardnie membalas semula tweet Sharnaaz itu dan mengatakan Kevin layak menjadi panelis kerana Kevin tahu memberi pandangan dengan cara yang betul, malahan lebih baik berbanding ahli akademik bertauliah.

Ini antara komen balas dari netizen:

"Dia cakap dari kapasiti dia sebagai Cikgu Fitness, hang eja protein pun tak betul tak payah sibuk la orang nak terlibat dengan apa. 

"Tu amik peduli.. bukan nak masuk politik.. dah kena jemput. dtg laa bg idea. dia pun org berpendidikan. DAN TAKDE DALAM KAMUS DI DUNIA ORG FITNESS TAK BOLEH MASUK POLITIK.

"Tidak boleh ke seorang Guru Fitness berbicara soal politik? @kevinzahri juga ada pasang niat nak jadi pimpinan satu hari nanti. Bukankah kita semua dilahirkan sebagai Khalifah di muka bumi Allah ini? 

"Aikk klu dia ckgu pon , awat dia tk bole berpolitik ke ?? Hahahah ni mst kes tk tgk forum ni , main hantam je ko ek , yg adik ipar ko neelopak tu btudung tpi msuk zouk tu tak nak pulak hang bsuara , pasaipa ?

Alamak nampaknya, ada yang komen kepada Sharnaaz tentang isu Neelofa dulu tu. Ada mempertikaikan kenapa Sharnaaz langsung tidak memberi komen tentang isu viral Neelofa lancar tudung di pusat hiburan tak lama dulu.

Sumber: Laman Media Sosial Sharnaaz Ahmad

No comments