Sheery Ibrahim Mengamuk Orang Tanya "Dah Tengok Belum Wedding FattZura"

Share:
 
Pelakon popular Sherry Ibrahim mengamuk dan berang apabila Ih menggunakan nama perunding perkahwinan terkenal, @Rekateemor mengaitkan namanya dengan perkahwinan pasangan Nur Fazura dan Fattah Amin Ahad lalu.

Sherry Ibrahim mendedahkan bahawa akaun Instagram Rekateemor telah menulis komen pada posting video yang dimuat naik di laman sosialnya pada malam Isnin dengan bertanyakan sama ada dia sudah melihat perkahwinan pasangan itu.

Ini tulis @rekateemor;

"Hi @sherryibrahim, dah tengok wedding Fattzura? Kami ada post wedding Fattzura di Instagram kami. Jom tengok,"

KOMEN REKATEEMOR BUAT RAMAI BERANG

Komen tersebut telah menyebabkan ramai pengikutnya termasuk rakan selebriti menyelar tindakan dan niat perunding perkahwinan itu meninggalkan komen tersebut.

Umum sudah mengetahui sebelum ini Sherry Ibrahim dan Fattah Amin pernah menjadi pasangan kekasih namun percintaan mereka tidak kesampaian.

Sherry ada memuat naik paparan skrin komen ditinggalkan oleh Rekateemor di Instagramnya.

KOMEN SHERRY


Sementara itu, Sherry telah mempersoalkan tindakan Rekateemor mengaitkannya dan meminta pihak tersebut tampil menjelaskan kepadanya berhubung komen dibuat.

Malah kata Sherry, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan seterusnya jika tiada sebarang penjelasan dibuat oleh pihak perunding perkahwinan itu.

Ini komen Shery:

"Pertamanya saya tidak mengenali mereka dan perkara ini berlaku menerusi video yang saya muat naik malam semalam.

"Komen tersebut telah menyebabkan buli siber dan ia membuka kepada risiko dan rasa tidak hormat.


"Sila jelaskan kepada saya sebelum saya mengambil tindakan seterusnya @rekateemor.


Rata-rata berang apabila nama Sherry dikaitkan dengan pasangan itu.

Ini antara komen balas dari para follower Sherry:

"Apa kena mengenai perkahwinan Fattzura dengan Sherry Ibrahim? Come on! Kata perunding perkahwinan nombor satu Malaysia. Soalan tiada kena mengena dengan hidup orang tu pun boleh tanya?

"Ini bukan caranya untuk mendapat pengikut dengan bertanyakan soalan tidak relevan kepada orang yang tidak sepatutnya,"


Oleh kerana komen itu, ramai yang meminta pihak Rekateemor memberi penjelasan dan memohon maaf kepada Sherry.

Hasil carian pada ruangan komen pada video yang dimuat naik Sherry mendapati Rekatemor sudah memadam komen yang dibuat kepada pelakon drama Syurga Yang Kedua itu.

Namun Sherry sempat membuat paparan skrin komen berkenaan.

KENYATAAN DARI REKATEEMOR

Sementara itu, Rekateemor dalam kenyataan segeranya di Instagram memberitahu ada pihak telah menggodam akaun tersebut dengan menyebarkan komen tidak sepatutnya.

Pihak perunding perkahwinan itu turut memuat naik gambar sebagai bukti yang diterima menerusi e-mel kiriman pihak Instagram memaklumkan ada pihak cuba menceroboh akaun mereka.

Ini penjelasannya:

"Ada seseorang cuba merosakkan imej Rekateemor dalam dunia siber dengan menggodam akaun perniagaan kami dan menyebarkan komen tidak sepatutnya,"

Ahad lalu, dikatakan seramai 5000 peminat meraikan pasangan Fattah Amin dan Nur Fazura pada majlis kenduri mereka.

Rekateemor merupakan pihak yang bertanggungjawab menghias pelamin pasangan ini.

Sebelum ini, rekaan Rekateemor di majlis perkahwinan Yuna menajdi viral kerana amat cantik dan eksklusif.

Sumber: mStar / IG Sherry

Tiada ulasan