Siti Aafiyah Jadi Artis? Ini Respon Dato Seri Siti

Share:

Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin yang merupakan penyanyi nombor satu negara memberitahu bahawa dia tidak mahu anak sulungnya yang bernama Siti Aafiyah yang baru sahaja berusia lapan hari akan menjalankan kehidupan sebagai seorang artis.

Siti Nurhaliza juga menjelaskan dia berharap dapat membesarkan anaknya itu mengikut perkembangan tumbersaran normal seperti yang dilalui oleh kanak-kanak lain.

Ini komen Siti:

"Saya tak mahu didik anak saya fokus menjadi seorang selebriti, saya nak dia hidup secara normal dan go with the flow. 

"Kalau ada rezeki untuk dia pada masa akan datang, saya akan berbincang dengan suami dahulu, kalau suami kata tak perlu, saya tak buat"

"Apa yang kami minta hanya tujuh hari itu sahaja untuk kami umumkan sendiri namanya, selepas ini tiada yang eksklusif"

Penyanyi ini  ditemubual apabila selesai  mengumumkan nama anak sulung perempuannya Siti Aafiyah Khalid. Majlis itu diadakan di kediamannya di Bukit Antarabangsa pada Ahad malam semalam.

Ia merupakan majlis akikah serta tahnik yang diketuai oleh  Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Bakri. Walaubagaimanapun, Siti berkata, dia masih belum memikirkan bagi mewujudkan laman sosial Instagram untuk anaknya iaitu Siti Aafiyah seperti anak artis lain.

Ini komennya tentang Instagram:

"Siti  tidak fikir lagi, tapi Siti kena fikir dan dalam masa yang sama saya mahu dia jalani kehidupan secara normal. 

"Sebelum ini memang sudah banyak Instagram palsu yang menggunakan namanya, namun saya yakin peminat-peminat tidak percaya selagi saya tidak umumkan sendiri".

"Buat masa ini gambar-gambar Siti Aafiyah hanya akan dimuat naik di Instgram saya,"

Dalam pada itu, ditanya tentang populariti yang diraih anaknya, Siti berkata, ia adalah tempias daripada penantiannya selama 11 tahun.

Katanya, kanak-kanak itu tidak dapat lari daripda tempias populariti ibunya sebagai seorang penyanyi.

Ini komen Siti tentang populariti anaknya:

"Dia popular sebab terkena tempias ibunya (Siti) seorang penyanyi. Mungkin sebab terlalu lama peminat menantikan detik ini. Penantian itu sendiri membuatkan dia menjadi perkara yang paling istimewa"

Sementara itu, suami penyanyi itu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai "Datuk K" memberitahu kelahiran Siti Aafiyah juga merupakan menamatkan penantiannya selama 18 tahun untuk mendapatkan cahaya mata perempuan.

Jelasnya lagi, bilik yang telah disediakan dalam rumah tersebut sudah disediakan khas untuk seorang anak perempuan sejak 18 tahun lalu.

Ini komen Datuk Khalid:

"Doa saya selama 18 tahun untuk mempunyai seorang anak perempuan telah dimakbulkan Allah."

"Ketika rumah ini siap semua anak lelaki saya dapat satu bilik, ada satu bilik kosong memang khas saya sediakan untuk anak perempuan. Sekarang baru ada penghuninya"

Untuk pengetahuan, Datuk Khalid mempunyai empat orang anak lelaki menerusi perkahwinan yang lepas.

Jelas Datuk Khalid, perasaannya dia amat gembira serta bercampur baur apabila melihat Siti akhirnya  dapat juga bergelar menjadi seorang ibu.

Semoga pasangan ini kekal bahagia sampai ke Jannah dan aman sejahtera di samping puteri sulung yang comel. Tahniah diucapkan.

Sumber: mStar

Tiada ulasan