Siti Nurhaliza Lahirkan Anak Secara Pembedahan.. Semoga Dipermudahkan!

Share:

Penyanyi nombor satu tanah air iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan akan melahirkan bayi sulungnya dalam tempoh dua minggu lagi dan ianya bakal dibuat melalui pembedahan Caesarean Section.

Penyanyi Jerat Percintaan ini berkata pemilihan kaedah bersalin secara pembedahan Caesarean Section itu dibuat atas nasihat doktor pakar perbidanan yang merawatnya.

Mengakui berdebar menantikan detik itu, Siti Nurhaliza yang kin berumur 39 tahun, berkata dia hanya mengikut apa kata doktornya itu.

Ini pejelasan Siti Nurhaliza:

"Menurut doktor di tempat Siti menjalani rawatan kesuburan, selain faktor usia Siti sendiri, bayi yang dikandung menggunakan kaedah 'In Vitro Fertilization (IVF)' biasanya dilahirkan secara pembedahan.

"Bagaimanapun, ada juga kes sebegitu menyaksikan kelahiran secara normal. Siti ikut saja apa nasihat doktor, selain mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental. Apapun caranya, harapan Siti proses kelahiran dipermudahkan,"

Ditanya mengenai persiapan menyambut anak sulungnya itu, Siti memberitahu bahawa segala-galanya sudah tersedia.

Ketika ini, jelasnya, Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, hanya membilang hari menantikan kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.

Ini komen Siti lagi:

"Suamilah insan paling teruja membuat persediaan, terutama dari segi hiasan bilik bayi. Lif pun sudah siap dan ia dibina bukanlah bagi kegunaan Siti saja, tetapi untuk orang lain juga seperti ibu serta ibu mentua,"

Mengulas kemunculan single terbarunya berjudul Comel Pipi Merah, lagu ini adalah kenangan untuk bayi yang bakal lahir nanti. Ia telah dilancar pada bulan Mac.

Mac dipilih sebagai detik pelancaran lagu berkenaan sejajar dengan tarikh beliau bakal bergelar ibu.

Lagu ini ciptaan Siti sendiri dan lirik ditulis oleh Rozi Sangdewi.

Sumber: Berita Harian

Tiada ulasan