Suami Hanez Suraya Kuat Cemburu, Memang Tak Boleh Keluar Rumah Sebarangan

Share:

Nama Hanez Suraya amat popular dan hangat di perkatakan sejak berberapa tahun lalu kini hangat apabila keluar isu bekas teman lelakinya Awi Rafael bertunang dengan pelakon Atikah Suhaimi.

Jelas pelakon Hanez Suraya, dia telah mendedahkan bahawa  suaminya iaitu Romie Razin Adilha Abd Rais atau lebih dikenali dengan panggilan Romie adalah  seorang lelaki yang kuat cemburu.

Menurut Hanez Surayadia  agak sukar pada mulanya untuk menerima perangai  suaminya itu pada mula  perkahwinan, tetapi  kini dia sudah boleh memahami perangai suaminya itu.

Hanez Suraya turut memberitahu bahawa:-

"Saya akui suami memang kuat cemburu. Saya memang tak boleh nak keluar rumah sebarangan dan kalau boleh kena ada bersamanya sentiasa.

"Sejujurnya, masa awal perkahwinan dahulu, saya tak boleh terima tahap cemburu dia itu. Tapi apabila dah ada anak ini, saya dah boleh terima dan secara sendiri saya lebih fokus kepada keluarga."    

"Sekarang ini, sebelum pukul 3 petang saya dah kena balik rumah untuk ambil anak di sekolah dan waktu lebih kepada keluarga,"

"Suami saya memang nak makan di rumah sahaja, jadi saya akan masak setiap hari dan kalau boleh dia nak semua orang ada dekat rumah selepas balik kerja."

"Soal anak dan penyediaan makanan semuanya saya yang urus sendiri dan kini tak kekok lagi menguruskan hal keluarga,"

Pasangan ini telah pun berkahwin pada 25 Mac 2015 lalu serta dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Puteri Aleesya yang kini sedang berusia dua tahun.

Turut dijelaskan pelakon, Hanez berkata suaminya hanya  mengharapkan dia menyediakan makanan untuk keluarganya  dan berada harus di rumah selepas pulang dari kerja.

Bila ditanya  mengenai karier seni lakonan, Hanez meluahkan perasaan rindu untuk kembali beraksi dihadapan kamera dan  turut berharap agar ditawarkan sebuah watak yang lebih berat agar  mampu meninggalkan kesan kepada penonton.

Hanez telah meluahkan kerinduanya untuk berlakon semula:-

"Sejujurnya, saya rindu sangat nak berlakon semula. Bidang seni ini memang jiwa saya dan tak boleh nak tinggalkan terus."

"Kalau diberi peluang berlakon, saya teringin membawakan watak yang lebih berat dan boleh meninggalkan kesan kepada penonton,"

Itulah perkembangan terkini tentang pelakon popular Hanez Suraya.

Semoga Hanez sentiasa bahagia bersama suami tercinta dan juga anak.

Sumber: mStar

Tiada ulasan