Sweeetnya.. Sufian Suhaimi 'Flirting' Dengan Janna Nick, Cinta Mula Berputik?

Share:
 
Nama Sufian Suhaimi sering dikaitkan dengan pelakon Elfira Loy. isu pertunangan mereka berdua menjadi panas setelah ada beberapa kenyataan yang dilihat ditujukan sesama mereka.

Semakin masa berlalu, semakin reda isu ini dan kedua dua selebriti ini dilihat sudahpun move on dari kontroversi terbabit.

Dalam perkembangan terkini, penyanyi Sufian Suhaimi dilihat telah berjaya memikat para pendengar dengan lagu terbarunya berjudul Di Matamu.

Lagu ini dikatakan dilancarkan tepat pada masanya iaitu ketika Sufian sedang diduga dengan isu putus tunang.

Lirik lagu ini membuatkan netizen terkesan dengan penghayatan dari Sufian walaupun penyanyi ini menafikan lagu ini ada kaitan dengan isu putus tunang dengan Elfira.


Lagu Di Matamu menjadi viral sekelip mata dan klip video nya sudahpun menjadi trending dan ditonton lebih dari 6 juta.

Terbaru, secara tiba-tiba Sufian Suhaimi dikaitkan dengan pelakon yang masih single iaitu Janna Nick.

Dikatakan kedua-dua mereka seakan-akan sedang hangat bercinta? Wow!

Menerusi video yang dimuat naik melalui akaun Instagram pengarah dan pelakon Sheila Rusly, kelihatan Sufian menyanyikan lagu Janna iaitu Akan Bercinta beserta dengan kata-kata manis daripadanya.

Rakaman video berdurasi 14 saat itu menunjukkan sebuah poster Janna ketika Sufian menyanyikan lagu tersebut sebelum bertolak ke Johor Bahru.

Ini kata Sufian: "Saya nak pergi JB, awak jaga diri baik-baik ok"

Kemudian, Sheila Rusly ada memuat naik gambar bersama Sufian yang mengusik mengenai perhubungan jejaka itu dengan seorang gadis yang tidak diketahui siapakah gerangannya.

Ini tulis Sheila Rusly:

"Bunga bukan sekuntum. Terkejut Sufian bila sis cakap “cubalah petik bunga ditaman sis”. Yang mana satu ek? Cer korang teka siapa yang Sufian pilih. Tak lama lagi makan nasi minyak lahhh kita tok sidang."

Caption dari Sheila Rusly itu mengundang spekulasi dari para netizen yang terus mengaitkan gadis tersebut adalah Janna Nick.

Diruang komen pula, Janna Nick dan Sufian turut membalas komen diantara mereka dengan ayat yang usik mengusik dan flirting.


Janna: "Dimatamu ada aku, Sufian Suhaimi"
Sufian: "Janna Nick, akan bercinta dimatamu"

Ramai peminat kedua-dua artis ini dilihat suka melihat mereka mesra sebegitu. Mana tahu dari sini berputik rasa kasih sayang, dan terus dilamun cinta, apa salahnya kan.. kedua-duanya pula masih single ketika ini.


Amacam, secocok tak mereka berdua?

Sumber: Instagram Sheila Rusly

Tiada ulasan