Syukur, Akhirnya Siti Nurhaliza Telahpun Dibenarkan Keluar Dari Hospital

Share:
 
Penyanyi paling popular di Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah pun selamat melahirkan seorang bayi perempuan dengan berat 3.55 kilogram menerusi pembedahan di Hospital Gleneagles di Kuala Lumpur pada jam 8.17 bertarikh 19 Mac 2018.

Ini merupakan anak sulung buat Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga, satu penantian yang amat lama.

Keadaan kedua dua ibu dan anak dikatakan dalam keadaan stabil namun menerusi kenyataan Datuk Khalid sebelum ini, Siti Nurhaliza masih ditahan di wad untuk pemantauan kerana masih ada pendarahan selepas pembedahan Caesarean Section.

Akhirnya selepas hampir 5 hari ditahan di wad, penyanyi lagu Cindai dan Jerat Percintaan ini telah pun dibenarkan discharge dari hospital untuk pulang ke rumah.

Menerusi satu video dari Rozi pengurus Siti Nurhaliza, penyanyi ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Hospital Gleneagles yang menjaga nya dengan baik sepanjang proses kelahiran anak sulung yang diberi gelaran Fatimah Az Zahra.

Ini caption dari Rozi:

Alhamdulillah, 18-23 Mac 2018 di Hospital Gleneagles, saya dah boleh mohon jadi jururawat nampaknya. Boss @ctdk dan anakanda Comel Pipi Merah telah dijaga dengan baik sekali oleh semua doktor, jururawat dan kakitangan di hospital ini. Tentunya ini adalah saat yang tidak mungkin dilupakan oleh @ctdk dan kami sekeluarga. Terima kasih, semoga khidmat, bakti dan jasa kalian akan dirahmati Allah. Selamat pulang buat ibu dan anakanda #comelpipimerah ke rumah, berehat dan nikmatilah hari-hari bahagia kalian. #babyctdk 

Tentang nama anaknya dan juga wajah anaknya, Siti Nurhaliza pernah mengatakan dia akan membuat pengumuman hanya selepas 7 hari.

Dari berita awal, nama anak perempuan Siti Nurhaliza itu akan turut mempunyai nama "Siti", apapun kita tunggu sahaja la yah. Lagi beberapa hari sahaja lagi.

Di imbas kembali, berita kehamilan Siti Nurhaliza telah diumumkan pada 13 Oktober tahun lepas dan mendapat sambutan yang baik daripada peminat yang tidak henti mendoakan segalanya dipermudahkan sehingga ke proses kelahiran.

Sebelum ini penyanyi kesayangan ramai ini pernah diduga dan menerima berita sedih apabila pernah mengalami keguguran pada tahun 2015 ketika usia kandungan memasuki dua bulan.

Kali ini, dengan izinNya, Siti Nurhaliza akhirnya dikurniakan anak perempuan.

Sumber: IG Rozi

Tiada ulasan