TAHNIAH! Atikah Suhaime Dan Awi Rafael Telahpun Selamat Bertunang

Share:
 
Pelakon popular Atikah Suhaime dan penyanyi Awi Rafael membuat kejutan buat semua peminat industri hiburan apabila pasangan ini selamat mengikat tali pertunangan di Singapura, hari ini.

Atikah Suhaime sendiri telah mengesahkan berita pertunangan sensasi ini menerusi perkongsian satu video di laman sosial Instagramnya, sebentar tadi.

Dalam entri terbabit, ibu Awi dilihat menyarungkan cincin ke jari manis pelakon wanita berkenaan yang anggun dalam persalinan biru.

Ini komen dan ucapan dari Atikah Suhaimie:

"Ya... Saya terima lamaran ini dan dengan itu secara rasminya saya bergelar tunang Awi Rafael,"

"Terima kasih kepada semua yang menjadikan acara hari ini berjalan lancar"

Semalam, di laman sosialnya juga, Atikah yang kini berusia 27 tahun itu mengungkapkan kata-kata dirinya percaya Tuhan akan mempermudahkan segala perancangan, tanpa menjelaskan lebih lanjut berhubung perkara itu.

Sementara itu, di majlis pertunangan berkenaan, Atikah anggun mengayakan dua gaun berwarna biru dan coklat cair rekaan Nadia Marni manakal Awi Rafael turut hadir dan kelihatan amat segak dengan mengenakan sut hitam ketika bergambar bersama tunangnya itu.

Majlis pertunangan itu diadakan di sebuah hotel di Singapura itu berlangsung secara sederhana dengan dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Berita pertunangan itu sudah tentu mengejutkan banyak pihak memandangkan kedua-dua artis kelahiran Sinapura ini tidak pernah digosipkan bercinta, sebelum ini.

Awi atau nama penuhnya Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael, 32, ialah seorang penyanyi dan pemuzik yang mula mencipta nama menerusi lagu Aku Jatuh Cinta.

Artis rakaman Warner Music Malaysia itu berkarya sepenuh masa di negara ini.

Manakala Atikah Suhaime pula pelakon popular bersama MIG dan pernah tampil dalam beberapa drama dan filem seperti Lagenda Budak Hostel, Longkai, Highland Tower dan Muka Surat Cinta.

Tahniah buat Atikah Suhaime dan juga Awi Rafael di atas pertunangan ini.

-Sakura Media-

Tiada ulasan