Home Top Ad

Responsive Ads Here

TAHNIAH! Datuk Siti Nurhaliza Selamat Lahirkan Anak Perempuan Pagi Tadi

Share:
 
Ini satu berita gembira yang baru diterima tentang Siti Nurhaliza.

Penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza telahpun selamat melahirkan anak pertama, bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di sini, kira-kira jam 8.17 pagi tadi.

Siti Nurhaliza telah melahirkan anak pertamanya dengan berat 3.55 kilogram dan dilakukan menerusi pembedahan Caesarean Section.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pengurusnya, Rozi Abdul Razak, keadaan Siti Nurhaliza dan anaknya berada dalam keadaan stabil dan sihat.

Dikatakan, saat ini, hanya keluarga terdekat saja dibenarkan melawat.

Ini kenyataan rasmi dari Rozi:

Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi.

Beliau melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan.
Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat.

Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana segalanya telah selamat. Apa yang penting bagi beliau adalah proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anaknya juga sihat.

Siti dan suami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan.

Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.

Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.

Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya. -Rozi Abdul Razak


Sementara itu, menerusi laporan Berita Harian, suami penyanyi Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa bersyukur dengan kelahiran cahaya matanya itu.

Ini komennya:

"Apa yang penting bagi saya adalah proses melahirkan bayi berjalan dengan baik, isteri dan anak juga sihat.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah Siti selamat melahirkan bayi,"


Itulah kenyataan rasmi dari pihak pengurus dan keluarga tentang berita terkini kelahiran anak pertama Datuk Siti Nurhaliza.

Tahniah diucapkan kepada Siti Nurhaliza dan juga Datuk Khalid di atas kurniaan ini.

Sumber: IG CTDK

No comments