TAHNIAH! Shila Amzah Umum Tarikh Nikah

Share:


Sebut sahaja nama Shila Amzah pasti semua orang kenal tambahan lagi dia merupakan anak kepada selebriti popular yang bernama ND Lala yang merupakan penyanyi terkenal di zaman 1980an.

Nama Shila Amzah kembali gah apabila dia turut tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2018.
Beliau tersenarai bagi kategori sukan dan hiburan selama tiga tahun berturut-turut.

Wow sangat besar pencapaian yang di terima oleh penyanyi Shila Amzah ini. Dia turut mengumumkan tentang majlis perkahwinan dan pernikahan bersama pasanganya iaitu Haris Idraki.

Di anggarkan majlis pernihan ini bakal  dilangsungkan pada 19 April tahun ini. Shila dan juga pasangan memberitahu bahawa ,tarikh resepsi tidak diumumkan lagi dan hanya akan memberitahu nanti.

Artis ini turut menjelaskan:-

"Walaupun sibuk dengan jadual yang padat untuk karier saya, saya juga sibuk dengan persiapan perkahwinan saya yang akan berlangsung 19 April ini."

"Sebagai penggiat seni, saya akur dengan ketetapan untuk berulang alik terutamanya ke China kerana saya juga perlu memenuhi permintaan di sini"

Artis ini iaitu  Shila Amzah  atau nama sebenarnya Nurshahila Amzah, telah pun mengikat tali pertunangan dengan Haris Idraki pada 3 November tahun lepas 2017 di kediaman keluarganya di Cheras.

Beliau kini sedang menetap di China atas tuntutan kerja dan sering berulang alik ke Malaysia kerana tawaran kerja.

Shila Amzah merupakan salah seorang rakyat Malaysia Melayu yang berjaya menembusi pasaran market muzik di China.

Beliau meneruskan karier nyanyianya sehingga memenangi Asian Wave. Shila Amzah juga merupakan artis  melayu pertama yang berjaya di negara China dan pandai berbahasa dialek sana.

Terlalu banyak pencapaian yang dikecapi oleh penyanyi berbakat besar ini dan tidak lama lagi dia bakal menamatkan zaman bujannya dengan lelaki idamanya.

Tahniah di ucapkan buat Shila dan pasangan.

Sumber : Sinar Harian

Tiada ulasan