Takziah Diucapkan Kepada Elyana, Terpaksa Gugurkan Kandungannya Minggu Lepas

Share:
 
Ini satu lagi berita yang amat menyedihkan buat penyanyi Elyana.

Selepas orang mengetahui dia kini dalam perjuangan menetang penyakit kanser tahap empat, Elyana sekali lagi diduga apabila mengetahui telah hamil namun terpaksa menggugurkan kandungan kerana penyakit kanser yang dialaminya.

Elyana mendedahkan dia terpaksa menggugurkan kandungannya yang baru berusia dua bulan pada 7 Mac lalu.

Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 31 tahun menghidap kanser limfoma tahap empat.

Ini menyebabkan dia perlu bergantung kepada pelbagai jenis ubat dan tidak disarankan untuk mengandung kerana boleh memudaratkan kandungan.

Ini komennya:

"Sebenarnya 10 hari lalu saya terpaksa menggugurkan kandungan yang sudah berusia dua bulan. Keputusan tersebut terpaksa dilakukan atas sebab keadaan kesihatan saya yang tidak mengizinkan.
 

"Tambahan pula sekarang saya perlu makan ubat yang banyak"

Elyana akui amat bersedih hati dengan keputusan yang perlu dilakukan memandangkan dia sememangnya ingin mempunyai anak yang ramai dan pernah keguguran disebabkan hamil luar rahim pada awal 2016.

Penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu dan Kalis Rindu ini mengakui bimbang jika bayi yang bakal dilahirkan tidak cukup sihat disebabkan kesan daripada ubat-ubatan berkenaan.

Ini penjelasan Elyana lagi:

"Saya memang nak sangat anak sebab suka ada anak yang ramai. Sebelum ini pun saya pernah cuba dapatkan anak angkat tapi rezeki tak ada.

"Tiba-tiba dapat tahu hamil tapi terpaksa gugurkan. Saya sangat sedih sebab memang nak sangat anak. Sebelum ini pernah gugur tapi disebabkan hamil luar rahim.

"Kalau kanser saya ini masih peringkat awal mungkin saya boleh kuat tapi peringkat sekarang takut nanti bayi lahir tidak cukup sihat.


Tambah Elyana, sebelum membuat keputusan untuk gugurkan kandungan, dia ada bertanya kepada ustaz tentang perkara itu.

Ini kata Elyana lagi tentang perkara ini:

"Saya ada tanya pendapat ustaz juga mengenai perkara ini dan dia beritahu jika dah memudaratkan kesihatan, memang perlu lakukan proses gugurkan"

Elyana mengejutkan orang ramai apabila mengumumkan dia menghidap kanser tahap empat ketika membuat ucapan selepas tersingkir daripada meneruskan pertandingan program Gegar Vaganza.

Penyanyi ini disahkan menghidap kanser limfoma sejak tujuh tahun lalu.

Semoga Elyana terus tabah dan kuat dengan dugaan yang diterima nya.

Sumber: mStar

Tiada ulasan