"Tudung harga ratusan ringgit, tapi adik beradik semua tak tutup aurat" - Komen Panas Netizen

Share:
 
Neelofa kini merupakan satu nama yang cukup besar di industri hiburan tanah air. Bukan itu sahaja, Neelofa juga amat berjaya dalam bidang perniagaan.

Seperti yang sedia maklum, selain amat popular sebagai pelakon dan pengacara, Neelofa juga mencipta kejayaan sebagai usahawan hijab melalui jenamanya iaitu Naelofar dengan memiliki beberapa rangkaian perniagaan yang melibatkan fesyen dan produk kecantikan.

Namun langit tak semestinya sentiasa cerah. Neelofa telah terpalit dengan satu kontroversi dan dikecam teruk oleh netizen ekoran tindakannya melancarkan tudung terbarunya di sebuah kelab.

Neelofa dan syarikatnya telahpun memohon maaf di atas perkara berkenaan setelah mendapat perhatian para ilmuan agama di Malaysia termasuk komen dari beebrapa mufti termasuk mufti Perak dan juga mufti Wilayah Persekutuan.

Apabila isu ini semakin pudar, masih ada orang ramai yang tidak berpuashati dengan Neelofa.

Secara tiba-tiba terdapat beberapa netizen yang mula mempersoalkan tentang adik-beradik Neelofa yang masih tidak menutup aurat dan memakai tudung.

Sememangnya, hanya Neelofa sahaja yang mengenakan tudung di kalangan adik-beradik yang lain iaitu Nor Nabila, Athisha Khan dan Ameera Khan.

Sebelum ini, Ameera Khan telah memakaa tudung anmun membuat keputusan untuk tidak lagi bertudung.

Menurut satu komen dari individu bernama Mohd Hanif, walaupun Neelofa menjalankan perniagaan berasaskan tudung, tetapi dia hairan mengapa imej adik-beradik beliau tidak sama seperti pengacara Meletop itu.

Ini komennya:

"Beriya-iya Neelofa jual tudung harga ratus-ratus, tapi adik beradik tak ada pun nak pakai atau beli tudung dia"

Rata-rata netizen sangat bersetuju dengan kenyataan itu kerana sebagai role model kepada masyarakat, Neelofa dan adik-beradiknya perlu menutup aurat lagi-lagi apabila beliau sinonim dengan seorang yang berhijab.

Ada yang memberi komen mengatakan Neelofa bertudung dan menjual tudung untuk duit sahaja

Ada juga yang mengatakan untuk tunggu dapat petunjuk barulah adik beradik akan memakai tudung.

Ini antara komen netizen:


"Bukan nak kata tapi itulah, bertudung untuk duit sahaja
"Iman tak dapat diwarisi dari seorang kakak yang bertakwa
"Sebab itulah saya tak pernah beli

Walau bagaimanapun, sebenarnya Neelofa adalah ikon fesyen yang berjaya mencetuskan fenomena hijab sehingga berjaya melahirkan ramai usahawan tudung dan menempatkan dirinya di pentas antarabangsa melalui idea yang kreatif bagi memenuhi cita rasa masyarakat tempatan dan antarabangsa.

Neelofa kini tetap diangkat sebagai ikon. Semoga selepas ini Neelofa lebih berhati-hati ketika membuat sesuatu.

Tiada ulasan