Turun 13kg Selepas Bersalin, Ini Rahsia Kurus Dari Amyra Rosli

Share:


Pasangan selebriti popular di Malaysi iaitu Amyra Rosli dan suami Amar Baharin kini bergelar ibu bapa apabila Amyra selamat melahirkan anak sulungnya bernama Aqeef Anaqi.

Aqeef Anaqi dilahirkan secara normal pada Oktober 2017 yang lalu di hospital swasta, Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Kini mereka sekeluarga semakin bahagia dengan kehadiran cahaya mata pertama yang menyerikan keadaan.

Dalam perkembangan terkini, selepas empat bulan bergelar ibu dan melahirkan anak, ramai yang melihat Amyra Rosli kembali langsing bak anak dara.

Sebenarnya bukan senang nak jaga badan selepas bergelar ibu.

Mesti ramai wanita di luar sana tertanya-tanya tentang bentuk badan cantik Amyra Rosli.

Namun apa yang dilakukan oleh pelakon cantik Amyra Rosli untuk miliki badan langsing sangatlah mudah dan boleh dilakukan oleh setiap wanita.

Kini Amyra memiliki berat 45 kg berbanding seblum ini yang mana Amyra mempunyai berat 58 kg sepanjang kehamilan.

Maknya, kini Amyra telah turun sebanyak 13kg sejak bersalin.

Menurut Amyra, dia tidak menghadkan pengambilan makanan dan makan nasi seperti biasa memandangkan dia perlu memberi susu badan kepada anaknya, Aqeef Anaqi yang kini berusia 4 bulan.

Rupanya rahsia Amyra kekal langsing adalah dengan mengamalkan minum air suam berserta lemon.

Tambah Amyra lagi, amalan tersebut bukan saja untuk membuang toksin dalam badan, malah untuk mencantikkan kulit.

Ini komen Amyra:
 
"Kita tak boleh nak skip makan kerana Aqeef menyusu badan. Jadi apa yang Myra lakukan adalah cuba mengawal perkara lain, misalnya selepas makan tidak terus minum air. Myra tahu kena berdisiplin kerana berazam untuk membuat ‘comeback’ setelah hampir setahun berehat dalam dunia lakonan.

"Anak juga sebenarnya menjadi faktor utama Myra cepat alami susut berat badan. Maklumlah Aqeef makin lama makin berat dan menguruskan keperluan dirinya setiap hari membuatkan Myra penat tetapi seronok ,”

"Manakala untuk penjagaan badan pula, Myra gunakan cara detoks dengan minum air suam bercampur dengan lemon atau teh campur lemon setiap hari.

"Sama juga dengan masalah kulit, Myra jenis tak suka tidur dengan mekap. Jadi Myra akan kerap mencuci muka dan tidur dalam keadaan muka sudah bersih. Maksud kerap cuci ini bukanlah cuci dengan sabun tetapi lebih kepada cucian biasa.

"Bagi Myra jika tanpa penggunaan bahan ‘chemical’, kulit wajah Myra akan terasa lebih mudah untuk diurus"

Itulah tips dan rahsia kurus dari Amyra Rosli. 

Apapun kini Amyra Rosli kelihata semakin cantik dan berseri seri setelah bergelar ibu. Semoga Amyra dan Amar terus bahagia bersama insan tersayang.

Sumber: Hijabista

Tiada ulasan