(10 FOTO) Koleksi Gambar 'STYLO' Baby Nora Danish Dan Nedim Nazri

Share:
 
Pasangan suami isteri pelakon Nora Danish dan Nedim Nazri sering menjadi tumpuan ramai.

Mana tidaknya, Nora Danish merupakan antara artis paling popular di Malaysia dengan jumlah pengikut di laman media sosial Instagram mencecah 5.2 juta.

Berkahwin dengan Nora Danish, Nedim turut menjadi popular sekelip mata, yang mana jumlah followernya di Instagram mencecah 750 ribu pengikut.

Dalam perkembangan terbaru, pasangan ini baru sahaja dikurniakan seorang anak lelaki hasil perkahwinan mereka berdua.

Nora Danish selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan Caserean Section pada bulan Februari 2018 di sebuah hospital swasta.

Nama anak lelaki ini ialah Mohamed Neqayl Bin Nedim dan mereka memilih nama Neyney sempena nama panggilan anak comel ini.

Apabila selesai berpantang, Nedim dan Nora Danish telah membawa anaknya itu bercuti ke Pulau Bali, Indonesia.

Seperti biasa, pasangan ini akan berkongsi gambar percutian mereka sekeluarga kepada para peminat menerusi laman media Instagram.

Beberapa keping gambar Neyney yang stylo telah dimuatnaik oleh Nedim kerana gaya bayi ini yang amat stylo.

Jom lihat gambar stylo baby NeyNey:








Memang cute betul baby Neyney. Memang kecil-kecil dah nampak bergaya, maklumlah ibu bapanya bukan calang-calang orangnya.

Mereka sekeluarga bercuti selama hampir semingga di Pulau Bali, Indonesia. Turut menyertai mereka ialah Rayqal iaitu anak sulung Nora Danish dengan suami terdahulu dan juga kakak kepada Nora Danish.

Selain itu, rakan-rakan turut bersama menyertai percutian itu seperti rakan baik Nora iaitu betty Rahmad.

Untuk pengetahuan, Nora Danish bernikah pada 30 March 2017 dengan Nedim Nazri yang juga anak kepada Minister Of Culture And Tourism of Malaysia, Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Majlis diadakan di Seputeh Glasshouse dan dihadiri kira-kira 200 family dan rakan terdekat sahaja.

Sumber: IG Nedim / IG Nora

Tiada ulasan