15 Foto: Adik Bongsu Janna Nick Yang Teramat Comel

Share:

Pelakon Janna Nick kini merupakan antara selebriti paling popular di Malaysia.

Banyak lakonan Janna Nick atau nama penuhnya Nurul Jannah Binti Muner, berjaya menjadi hit dan antara yang terbaru ialah Cofeee Prince, gandingan bersama pelakon popular Fattah Amin.

Kerjaya Janna Nick kini boleh dikatakan di puncaknya dan kini Janna telahpun mempunyai banyak peminat setia.

Janna Nick merupakan anak kedua dari empat orang adik beradik. Janna mempunyai seroang abang dan dua orang adik perempuan.

Abangnya bernama Muhammad Firdaus Muner manakala adik perempuannya bernama Nurul Balqish Muner, Nur Iris Rose Sofea Muner.

Adik bongsu Janna Nick ialah Nur Iris Rose Sofea yang kini berumur 3 tahun. Iris Rose lahir pada 30 Jun 2015.

Perbezaan umur Janna dan adik bongsunya ini amatlah jauh membuatkan kedua mereka mempunyai hubungan yang akrab dan istimewa.

Janna Nick sentiasa menjaga adik-adik dan juga keluarganya dengan baik dan sering menyakat adik bogsunya itu.

Mempunyai campuran darah keturunan Cina, Pakistan dan Thai, adik Janna Nick ini ternyata begitu  comel dan amatlah adorable.

Ini foto adik bongsu Janna Nick:








Janna Nick mula popular pada tahun 2013, apabil tampil membawakan watak sebagai Elle dalam siri TV Jodoh lakonan Scha Alyahya, Dazrin Kamarudin, dan Amyra Rosli yang bersiaran di Astro Ria.

Lakonannya dalam drama itu dipuji ramai dan mula mendapat perhatian para penonton.

Sejak itu nama Janna Nick terus berkembang di dalam industri hiburan tanah air.

Antara karyanya ialah drama Kau Aku Kita, Syurga Nur, Dia, dan tentunya My Cofee Prince.

Kini sebagai pelakon popular, Janna nick amat menjaga keluarganya dan baru-baru ini telah menghadiahkan sebuah kereta kepada ibunya.

Sumber: IG Janna Nick

Tiada ulasan