15 FOTO: Percutian "Honeymoon" Izreen Azminda Dan Ude Wahid

Share:

Pasangan suami isteri paling popular di Malaysia ketika ini sudah tentu boleh diberikan kepada pelakon cantik jelita iaitu Izreen Azminda dan juga pemuzik bebas bernama Ude Wahid.

Mereka berdua menjadi popular sekelip mata setelah kontroversi timbul yang mana Ude Wahid telah membuat keputusan untuk menceraikan isteri pertamanya iaitu Intan Liana Salleh.

Kini semuanya boleh dikatakan telah selesai apabila Ude Wahid dan Intan Liana tidak lagi bergelar suam isteri.

Di awalnya, ramai haters dan netizen naik angin kerana isu penceraian ini dan menyatakan simpati terhadap Intan Liana.

Ramai yang menyatakan sokongan kepada Intan Liana dan bekas isteri Ude Wahid ini terus menerimakata-kata semangat dari orang ramai.

Malah Intan Liana menerima perhatian dari banyak pihak yang memberinya tawaran bekerja termasuk dari Aliff Syukri Terlajak Laris sebagai model tudung keluarannya.

Di laman Inatagramnya, Intan Liana menajdi semakin terkenal dengan jumlah follower yang semakin meningkat dan menerima tawaran membuat review berbayar.

Berbeza dengan pihak satu lagi, memang teruklah Izreen Azminda dan Ude Wahid dikecam oleh netizen dan masyarakat sehingga membuatkan pasangan ini mengambil keputusan untuk menutup laman media sosial Instagram milik mereka.

Kini msa semakin berlalu, Izreen dan Ude mengambil keputusan untuk membuka semula akaun Instagram milik mereka.

Ketika ini, pasangan bahagia ini telahpun bercuti bersama.

Izreen dan juga Ude telah berkongsi beberapa foto percutian mereka berdua di laman Instagram untuk tatapan dan kenangan.

Ini fotonya:












Melalui perkongsian foto-foto itu, pasangan sedang hangat di lamun cinta dilihat telah bercuti di negara jiran iaitu Indonesia.

Izreen Azminda juga berkongsi dia sedang melakukan aktiviti yang menarik di sana.

Semoga pasangan ini sentiasa bahagia bersama.

Sumber: IG Izreen Azminda

Tiada ulasan