15 FOTO: Sekitar Percutian Datin Fouziah Gous Di London

Share:
 
Pelakon cantik jelita Fouziah Gous baru diketahui ramai rupanya mempunyai gelaran 'Datin'.

Ini apabila suaminya iaitu Zhafran Md Yusof sudahpun menerima anugerah dan kini bergelar 'Datuk'.

Perkara ini disahkan sendiri oleh suami kepada Fouziah Gous ini setelah menajdi tular beberapa keping gambar yang menunjukkan namanya mempunyai gelaran Datuk.

Tahniah diucapkan kepada Zhafran di atas kurniaan anugerah itu.

Dalam perkembangan terkini, Datin Fouziah Gous telah pun bercuti di luar negara baru-baru ini dan mereka memilih Kota London.

Turut bercuti bersama Datin Fouziah Gous ialah suaminya Datuk Zhafran dan juga anak sulungnya bernama Muhammad Zeeshan.

Datin Fouziah Gous ada berkongsi beberapa foto percutiannya di Kota London di laman media sosial Instagramnya.

Ini fotonya:















Menerusi foto yang dikongsikan, banyak tempat menarik yang dilawati oleh keluarga Fouziah Gous.

Antaranya ialah River Thames, London Eye, Westfield London, London Hilton on Park Lane, Borough Market, Bicester Village dan banyak lagi.

Di imbas kembali, suami Fouziah Gous iaitu Zhafran telah dikurniakan pangkat Datuk atas kecemerlangannya dalam bidang pekerjaannya.

Pasangan ini bernikah pada September 2013 dan mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan.

Fouziah Gous merupakan pelakon yang popular di Malaysia, antara drama lakonannya ialah Demi, Sangga Saadah, Qa'naah, Cinta Medik, Impak Maksima The Series, Otai The Series, Pencak Akhir, Anak Mami, Sutera Maya, dan 3 Hero Pencen Dalam Kain Ketat Isabela.

pelakon berumur 30 tahun ini juga pernah beberapa kali tampil di dalam filem seperti filem Bujang Senang (2005), Otai (2007), Sifu & Tongga (2009), Malaikat Maut (2009), Ratu The Movie (2011)Rasuk (2011), dan Hantu Bukit Cina (2014)

Sumber: IG Fouziah Gous

Tiada ulasan