Home Top Ad

Responsive Ads Here

17 FOTO: Sekitar Majlis Pernikahan Dynas Mokhtar Dengan Syazrik.. TAHNIAH!

Share:

Dengan hanya sekali lafaz, pelakon jelita Dynas Mokhtar menamatkan zaman bujangnya dan telah pun selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Syazrik Din.

Majlis pernikahan Dynas atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar berlangsung di kediaman keluarganya di Shah Alam, kira-kira jam 10.50 pagi Sabtu.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Dynas sendiri iaitu Datuk Wan Mokhtar Wan Mohamad dengan mas kahwin yang dinyatakan ialah RM1,001.

Pelakon drama Susuk berumur 35 tahun itu telah menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang dengan wang hantaran RM10,000.

Majlis pernikahan itu dibuat secara sederhana dan telah menerima hadirin lebih kurang kira-kira 100 jemputan termasuk ahli keluarga dan kenalan rapat.

Ini foto sekitar majlis pernikahan Dynas Mokhtar dan suami:



Sementara itu, Dynas Mokhtar yang ditemui pada sidang media memberitahu dia tetap berasa gementar biarpun pernah berkahwin sebelum ini.

Tambahnya, dia mengalirkan air mata selepas ibu iaitu Datin Rasiah Shaharuddin memeluk dan memberi kata-kata istimewa padanya.

Ini komen Dynas:

"Debaran dan gementar tu sudah semestinya saya rasai. Tapi Alhamdullilah syukur semuanya berjalan dengan lancar.

"Hanya sekali lafaz sahaja. Saya menangis pun selepas ibu peluk dan beri kata-kata yang menyebabkan saya tidak dapat menahan rasa sebak"


Majlis resepsi buat pasangan ini akan diadakan pada 28 April depan di Damansara, Petaling Jaya dan disusuli majlis resepsi di sebuah hotel di ibu negara pada 5 Mei depan.

Dynas Mokhtar dan pasangannya Syazrik telahpun mengikat tali pertunangan pada 26 Oktober tahun lepas.

Untuk pengetahuan, hasil perkahwinan terdahulu, Dynas Mokhtar mempunyai dua orang anak iaitu Khyra Khalyssa yang berusia lapan tahun dan Mohamed Haqaish yang berumur 6 tahun.

Semoga bahagia Dynas dan suami! Tahniah sekali lagi diucapkan.

Sumber: mStar / Foto: IG HLive

No comments