Home Top Ad

Responsive Ads Here

20 Gambar: Sekitar Majlis Pernikahan Shila Amzah Dan Haris Idraki Elias.. TAHNIAH!

Share:

Ini merupakan satu berita terkini tentang penyanyi berstatus antarabangsa iaitu Shila Amzah.

Jutaan tahniah diucapkan buat penyanyi Shila Amzah kerana kini telahpun sah bergelar isteri orang.

Shila Amzah selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya iaitu Haris Idraki Elias dengan hanya sekali lafaz akad nikah, kira-kira jam 6.25 petang tadi.

Majlis pernikahan bertemakan indoor garden itu berlangsung di kediaman Shila di Cheras sekitar jam 6 petang hari ini.

Jurufoto rasmi majlis pernikahan ini iaitu Anh Events telah berkongsi gambar sekitar majlis pernikahan pasangan ini.

Ini caption dari ANH Events di laman IG miliknya:

"Indah lagi teratur.

"Segala persiapan untuk Hari Istimewa Shahila Amzah dan Haris Idraki sudah tersedia. Rasanya mereka juga menanti saat bahagia mereka berdua. 

"Hadirin dan hadirat tetamu jemputan yang semakin ramai memeriahkan suasana majlis yang bakal bermula sebentar saja lagi.

Ini koleksi foto sekitar majlis pernikahan Shila dan juga Haris:






Melalui gambar yang dikongsikan, rata-rata para peminat penyanyi ini memuji keayuan pengantin di hari yang cukup istimewa dan bermakna ini.

Antara rakan selebriti yang turut hadir ialah rakan baik Shila Amzah iaitu pengacara Fara Fauzana, pelawak popualr Jihan Muse dan juga pelakon cantik Zara Zya.

Sebelum ini, Shila Amzahdan Haris Idraki telah selamat bertunang pada November lalu di kediaman keluarganya.

Majlis resepsi perkahwinan akan diadakan pada 22 April ini.

Suami Shila Amzah, Haris bekerja dalam sektor kewangan di kota London dan dia juga pernah bekerja sebagai wartawan di The Star pada tahun 2015.

Tahnaih sekali lagi dan semoga ikatan perkahwinan yang terjalin ini akan kekal hingga ke Jannah dengan keredhaanNYA.

Sumber: Instagram

No comments