(3 FOTO) Fesyen Neelofa Kena Bahan Lagi.. Disamakan Macam Watak Kartun

Share:
 
Memang dah macam menjadi kelaziman, para netizen akan menjadikan fesyen para artis termasuk Neelofa sebagai bahan jenaka di laman media sosial.

Seperti mana tahun sebelum ini, busana yang digayakan oleh pelakon dan pengacara Neelofa di Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME2018) nampaknya kembali menjadi perhatian netizen.

Dua fesyen yang dikenakan oleh pengacara dan pelakon popular ini disamakan seperti watak kartun dan juga seperti bunga telur.

Yang pertamanya, gaun kembang berwarna merah jambu yang digayakan pada penghujung acara hasil rekaan Fizowoo disamakan seperti watak Cheshire Cat dalam filem Alice's Adventure in Wonderland.

Manakala pakaian The Painting Dress  juga daripada pereka sama turut menjadi mangsa bahan dari netizen.

Aksesori kain net berwarna hitam yang dipadankan dengan tudung pula disamakan seperti kelambu katil dan bunga telur.

Ini fotonya:





Neelofa yang ditemui selepas selesai AME2018 berlangsung memberitahu dia tidak terkejut dengan perkara itu.

Pada AME2015, pakaian digayakan Neelofa rekaan pereka yang sama dikatakan seperti 'sotong' manakal pada tahun 2017, imej Neelofa dikritik kerana seperti memakai t-shirt yang tak sesuai.

Kata Neelofa, sudah dua tahun berturut-turut pakaiannya ke majlis tersebut menjadi bahan jenaka netizen dan dia sudah terbiasa dengan keadaan itu.

Ini komennya:

"Sudah dua tahun benda serupa berlaku, jadi tidak terkejut kalau berlaku lagi kali ini. Saya pun sudah terbiasa.

"Paling penting saya berpuas hati dengan pakaian yang saya pakai dan apa orang hendak cakap terpulang,"


Dalam pada itu, Neelofa berkata, dia tidak terlalu memberi perhatian kepada perkara itu sebaliknya gembira dapat melunaskan tanggungjawab sebagai hos anugerah itu dengan baik.

Ini jelasnya lagi:

"Alhamdulillah kerja keras saya membuahkan hasil dan tahun ini pun saya lebih bersedia berbanding tahun sebelum ini.

"Dua hari kami berlatih dan kami lebih bersedia untuk menggalas tanggungjawab itu,"


Mengulas mengenai kemenangannya, Neelofa memberitahu ia bukti sokongan peminat yang tidak berbelah bahagi terhadapnya walaupun namanya terpalit dengan kontroversi baru-baru ini.

Kata Neelofa, sokongan peminat terhadapnya membuatkan dia lebih bersemangat dalam bidang seni selepas ini.

"Kemenangan ini memang tak dijangka tetapi Alhamdulillah ini rezeki daripada Allah.

"Ia juga bukti sokongan peminat terhadap saya tidak berbelah bahagi dan masih percayakan bakat saya disebalik apa pun yang berlaku sebelum ini,"



Untuk pengetahuan, Neelofa telah bergandingan dengan Nabil Ahmad sebagai hos pada AME2018 kali ini.


Neelofa juga menang besar di majlis ini dengan memenangi trofi utama iaitu Top Top MeleTOP 2018 selain Pelakon MeleTOP dan Fesyen MeleTOP.

Tahniah buat Neelofa!

Sumber: mStar / Rizal Hakimm

Tiada ulasan