Home Top Ad

Responsive Ads Here

5 FOTO: Kereta Mewah Audi Bernilai Hadiah RM285,000 Dari Achey Buat Isteri Tercinta

Share:


Selebriti popular Achey atau nama penuhnya Mohd Nasir Hamzah telah membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah jenis Audi TT buat isterinya, Anne sempena ulang tahun kelahiran wanita itu semalam.

Menurut semakan semasa, model kereta AUDI yang amat mewah itu dianggarkan bernilai RM285,000!

Perkongsian Achey di laman media sosial Instagramnya membuahkan rasa bangga dalam kalangan peminat yang selama ini melihat kesungguhan Achey mencari rezeki untuk keluarganya.


Ini foto kereta Audi tersebut:



Dalam pada itu, Achey berkata dia tidak membenarkan isterinya Anne atau nama penuhnya, Nor Hasanah Yahaya memeriksa telefon bimbitnya selama hampir sebulan.

Achey berkata dia berbuat demikian kerana ingin melakukan kejutan hari jadi istimewa buat isterinya itu.

Ini komen Achey:

"Selama hampir sebulan juga saya tak benarkan isteri pegang atau periksa telefon bimbit saya.

"Saya ada beritahulah sebab apa tak benarkan. Dia tahu yang saya ada nak buat kejutan hari jadi untuknya.

"Tapi dia tak tahu apa elemen-elemen kejutan yang saya rancangkan. Malah, tiada siapa pun tahu kecuali penaja-penaja pada majlis itu,"

"Saya hadiahkan kereta terpakai itu sebagai tanda penghargaan buat isteri yang selama ini menguruskan kerjaya saya selama lima tahun.

"Dia tidak pernah minta apa-apa daripada saya. Selama ini pun, saya sahaja yang minta. Jadi inilah hasil dari 2013 sampai 2018 dia menjaga saya.

"Lagipun, dia pernah kata kereta itu cantik tapi tak pernah pun minta untuk saya beli. Kiranya, ia satu kejutan istimewa untuknya,"


Menurut Achey lagi, hadiah istimewa tersebut adalah untuk menghargai usaha kerja keras isteri menguruskan kerjayanya selama lima tahun dalam industri hiburan ini.

Diruangan komen, para peminat memuji Achey yang ternyata menghargai isterinya.

Bertemakan pakaian sukan dan santai, majlis sambutan hari jadi itu diraikan meriah dengan kehadiran kenalan rapat antaranya Johan, Ozlynn, Fad Bocey dan Sharif Zero.

Untuk pengetahuan, Achey dan Anne telah tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Sumber: IG Achey

No comments