Home Top Ad

Responsive Ads Here

6 FOTO: Nora Danish Bawa Anaknya, Ney Ney Bercuti Di Bali

Share:

Sebut saja nama Nora Danish pasti semua kenal dengan pelakon, usahawan canti jelita ini. Nora yang juga merupakan isteri kepada Nedim Nazri telah pergi bercuti ke Bali bersama-sama dengan anak-anaknya.

Melalui laman sosial Instagram Nora dan juga Nediam, pasangan ini telah pun berkongsi gambar bayi baharu mereka iaitu Ney Ney yang kini berada di Bali. Turut bersama pasangan suami isteri ini juga ialah anak pertama Nora iaitu Putra Rayqal.

Putra Rayqal merupakan anak hasil dari perkahwinan pertama Nora Danish bersama dengan Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali dengan panggilan Jejai. Jejai juga merupakan bekas suami kepada pelakon Fasha Sandha.







Nora Danish dan Nediam Nazri telah bernikah pada 30 Mac 2017 di Glasshouse, Seputeh Kuala Lumpur. Ini merupakan perkahwinan kedua buat Nora dan juga pasanganya. Nedim Nazri juga mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Nedrin bersama bekas isterinya.

Tidak sampai dalam masa satu tahun perkahwinan mereka, Nora Danish telah mengumumkan bahawa dirinya telah hamil 17 minggu. Pasangan ini amat teruja dengan berita gembira ini dan tidak sabar menanti kehadiran cahaya mata mereka.




Berita itu telah membuatkan para pengikut peminat Nora sendiri tidak sabar untuk melihat kehadiran cahaya mata Nora dengan pasanganya itu. Nora juga mendapat pujian meskipun hamil tetapi masi tetap cantik jelita.

Anak Nora Danish dilahirkan pada bulan Febuari 2018 secara pembedahan atas nasihat doktorkerana Nora mengalami masalah fibroid. Nora dan Nedim di kurniakan anak lelaki yang diberi nama Muhammad Neyqal Nedim atau lebih manja di panggil Ney Ney.

Setelah tamat daripada tempoh pantang, Nora kelihatan sangat kurus serta langsing dan ini sekali lagi membuatkan para peminat serta netizen memuji kecantikan Nora. Nora yang baru sahaja merasmikan dan membuka satu salun khas buat kaum wanita.

Pandai sungguh Nora menjaga badan kembali langsing dalam tempoh yang singkat sahaja. Lihat sahaja gambar-gambar percutian Nora dan Nedim di Bali ini.

Semoga Nora dan Nedim sentiasa bahagia bersama dengan kehadiran cahaya mata baharu mereka iaitu Ney Ney. Comel sungguh!

Sumber : IG Nora Danish

No comments