Home Top Ad

Responsive Ads Here

7 FOTO: Inilah Wajah Kekasih Hati Pelakon Aedy Ashraf Yang Jelita

Share:

Ahad lalu telah berlangsung Anugerah MeleTOP Era 2018 di Axiata Arena Bukit Jalil.

Memang ramai artis dan selebriti yang hadir di majlis berkenaan termasuklah pelakon kacak Aedy Ashraf.

Sememangnya penampilan Aedy Ashraf banyak mengundang perhatian dari para hadirin di sana kerana Aedy Ashraf  dilihat tidak datang bersendirian, dia ditemani seorang wanita yang jelita.

Baru-baru ini, pelakon lelaki kacak, Aedy Ashraf telah dikatakan membawa seorang gadis yang dikatakan teman wanitanya.

Ini kali pertama Aedy membawa gadis berkenaan dan ditayangkan kepada orang ramai.

Kemesraan mereka mula mendapat perhatian peminat apabila Aedy kelihatan sungguh mesra dengan seorang gadis yang duduk di sebelahnya di sepanjang majlis Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME2018) berlangsung.

Aedy Ashraf yang memakai baju berwarna hitam ke anuegarah itu dilihat begitu mesra dengan gadis berambut panjang yang memakai pakaian putih.

Bukan itu sahaja, tidak cukup dengan itu, Aedy Ashraf turut memuatnaik beberapa buah video mesra bersama gadis tersebut di dalam Insta Storiesnya.

Meskipun identiti gadis itu tidak dapat dikenalpasti, tetapi ini merupakan pertama kalinya Aedy secara terbuka berkongsi gambar bersama gadis di Instagramnya dan ini sekaligus membuatkan peminatnya menganggap gadis itu merupakan teman wanitanya.

Sehingga kini, Aedy Ashraf tidak ada memberi komen atau kenyataan tentang perkara ini. Aedy tidak menafikan ataupun mengesahkan gosip ini, sebaliknya mengambil langkah untuk berdiam diri.

Kemesraan yang terbit antara mereka berdua membuat ramai para peminatnya merasakan sememangnya wanita itu adalah kekasih hati kepada Aedy Ashraf.


Maka ada juga yang meluahkan rasa patah hati setelah pelakon kesayangannya mereka sudah berpunya.

Ini foto pasangan ini:





Apa-apa pun, semoga Aedy Ashraf dan pasangannya ini bahagia selalu. Cepat-cepatlah kahwin.

Untuk pengetahuan, Aedy Ashraf merupakan pelakon kanak-kanak yang kini sudah meningkat dewasa dan mula popular menerus filem Tentang Bulan.

Kemudian, Aedy ada terlibat dalam kisah bersama penyanyi Nabil Razali yang mana klip videonya berjudul Pematah Hati menjadi viral.

Sumber: IG Aedy Ashraf

No comments