(7 FOTO) Telatah Anak Perempuan TMJ Main Lopak Air Di Padang Curi Tumpuan.. Comelnya!!

Share:
 
Siapa yang tak kenal dengan nama Tunku Mahkota Johor atau TMJ, satu nama yang kini amat sinonim dengan dunia bola sepak tanah air.

Kehadiran TMJ ke kancah bola sepak di lihat telah memberi nafas baru  kepada dunia bola sepak di Malaysia terutama dalam memajukan kelab bola sepak negeri Johor iaitu JDT.

Sememangnya TMJ boleh dikatakan telah berjaya memajukan bola sepak negara dengan caranya tersendiri.

Dari segi peribadinya pula, TMJ telahpun berkahwin dengan isterinya, Che Puan Khaleeda dan dikurniakan dua cahaya mata.

Puteri sulung Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isterinya Che Puan Khaleeda Bustamam bernama Yang Amat Mulia Tunku Khalsom Aminah Sofiah dan akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang kedua pada bulan Jun nanti.

Dalam satu perkongsian di laman Facebook JDT iatu Johor Southern Tigers, keluarga TMJ ada meluangkan masa dengan puterinya itu bermain lopak air di padang.

Ini captionnya:

"Jikalau anda inginkan pelangi, anda perlu bertahan dengan hujan." - DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

"If you want the rainbow, you have to put up with the rain." -  HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

Beberapa foto Tunku Khalsom Aminah Sofiah ternyata mencuri perhatian orang ramai dengan telatahnya ketika bermain di padang itu.

Ramai yang memuji kecomelan puteri kepada TMJ. Rakyat jelata juga memuji cara TMJ yang membiarkan puterinya itu bermain lopak air walaupun statusnya sebagai seorang puteri diRaja.

Ini fotonya:




 

Ini antara komen dari netizen:

Huang Ai:  "Nie macam chibi maruko chan lah.. Comel jek tengok.. Hehehe

Diah Mus: "Semakin besar semakin terserlah kecantikan tuan puteri ni. Alahai sayang

Rahani Anis: "Sekali rasa nikmat Allah... Tabik kat TMJ kerana tidak pandang darjat dan kedudukan, diajar sang putri menikmati suasana hari hujan... Terbaik dari TMJ.... Kami semua sayang tunku

Annuar Ahmad: "Wah..wah.. Tunku Puteri main hujan ya..terbaikk la dia.

Permaisuri Johor, Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah turut dilihat berada meluangkan masa bersama cucunya.

Tunku Khalsom Aminah Sofiah dilahirkan sebagai puteri kepada TMJ pada 25 Jun 2016 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Sumber: FB Johor Southern Tigers

Tiada ulasan