Home Top Ad

Responsive Ads Here

"Ada Artis Nasyid Hipokrit Dan Sanggup Kejar Populariti"

Share:
 
Sebagai seorang penyanyi nasyid, nama Anas Tahir mungkin tidak diketahui oleh orang ramai.
 
Anas Tahir sebenarnya merupakan salah seorang ahli kumpulan nasyid popular iaitu Firdaus dan sebelum ini juga pernah menganggotai beberapa kumpulan nasyid yang lain.

Kini, Anas Tahir, yang juga merupakan adik kepada komposer dan penyanyi popular Faizal Tahir, telah bergelar penyampai radio untuk siaran Zayan FM.

Dalam pengalamannya, Anas Tahir berkongsi bahawa sebagai seorang anggota kumpulan nasyid, banyak pancaroba dan pelbagai cabaran diharungi dalam industri muzik tanah air.

Anas Tahir yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Swansea kembali menyertai kumpulan nasyid, Firdaus sekembali dari luar negara.

Dalam pada itu, Ana ada membuat pendedahan bahawa ada segelintir artis kumpulan nasyid yang sebenarnya hanya bersikap hipokrit dan mengejar popularity semata-mata.

Ini pendedahan darinya tentang hal ini:

"Bagi saya, ada segelintir artis nasyid yang kejar populariti. Sebenarnya, jika kita ikhlas dalam bidang ini, kerjaya seni boleh pergi jauh.

"Dulu pun, ada juga artis nasyid yang hipokrit sampaikan nak bersembang dengan artis wanita pun tak boleh,"


Anas Tahir kini masih setia bersama kumpulan Firdaus percaya single atau album nasyid masih boleh dijual jika mengikut peredaran zaman sekarang.

Ini komen Anas tahir algi;

"Seperti berdakwah, kita tak boleh ikut zaman dulu tapi bersesuaian dengan zaman kini.

"Bagusnya dalam kumpulan nasyid, setiap minggu ada dibuat usra tapi anggota nasyid juga perlu terbuka dalam menerima pandangan orang lain,"


Kini Anas tahir berganding dengan selebriti popular iaitu Mawi mengendalikan slot Salam Bros di Zayan FM setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 6 hingag 10 pagi.

Semoga Anas terus sukses dalam bidang yang diceburinya iaitu bidang penyampai radio dan juga sebagai penyanyi nasyid.

Sumber: Astro Gempak

No comments