Ada Yang Minat Sangat Siti Aafiyah Sampai Hina Aaisyah Dhia Rana, Lara Alana

Share:
 
Kehadiran anak Siti Nurhaliza sememangnya dinanti ramai dan telahpun menjadi viral dan perhatian seluruh masyarakat terutama para peminatnya.

Penantian hampir 11 tahun berkahwin, akhirnya Siti Nurhaliza dikurniakan cahaya mata pertamanya yang diberi nama Siti Aafiyah, nama yang cukup indah.

Siti Nurhaliza telahpun berkongsi wajah anak pertamanya itu dan terus dipuji orang ramai.

Namun ada kisah kurang enak didengar apabila ada yang terlalu taksub dengan Siti Aafiyah sehingga menghina dan memperlekehkan anak artis lain.

Seorang pengguna laman FB telah menghina anak artis lain iaitu Aaisyah Dhia Rana dan juga Lara Alana setelah kehadiran Siti Aafiyah.

Ini tulisnya:

"Aisyah Dhia Ranap dan Melara Allana selamat tinggal, Siti Aafiah selamat datang comel pipi merah"

Komen dari individu berkenaan telah mengundang rasa marah orang lain kerana ternyata individu itu telah menghina Aaisyah dan juga Lara dengan menggelar "Ranap" dan juga "Melara".



Orang ramai melahirkan rasa marah dengan penggilan yang diberikan kepada anak-anak kecil yang tidak berdosa itu.

Ini respon balas dari orang ramai:

"Awat kata nama anak org camtu? Kesian budak2 tu.. bukan ada buat dosa ngan angpa pun..

"Awk cakap nama dia ranap..dan melara... Ke anak awak yang ranap dan melara nanti...dorang tak buat dosa pon dengan awk..

"Kalau minat Siti dan anak Siti pun tak yah lah ckp anak org lain ye nama mcn tu budak2 tak ada salah pun gan awk ni

"Tak elok ckp macam tu...diarang anak2 tak tahu apa2.. bila kauorang nk ckp mcm tu..dan tak elok buat rakan sesama artis berkecil hati atas tindakan fans masing...hormat hak mereka...tak suka diam je..

"Apa lah...awak cakap macam tu x baik. Kita doa kan baik2 semuanya kesian budak2 tu dia x salah pun

"Bodoh pnya mnusia..
 

"Biasanya klau kita mendoakan yg baik2 utk org lain kita juga akan dpt tempias kebaikan.tp klau kita sebut perkataan tak baik d khususkan kpd org lain rasanya empunya mulut yg dpt saham akhirat.

Memang tidak patut menggelar anak orang seperti itu, memang tak baik sungguh walaupun ianya bertujuan untuk bergurau.

Untuk pengetahun, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada pasangan selebriti Rozita Che Wan dan juga Zain Saidin.

Manakala Lara Alana pula merupakan anak perempuan kepada Awal Ashaari dan juga Scha Al Yahya.

-Sakura Media-

Tiada ulasan