AKHIRNYA.. Ini Kenyataan Dari Suami Fouziah Gous Jelaskan Gelaran Datuk, Datin

Share:

Ketika ini mungkin nama Fouziah Gous tidak lagi sering keluar di kaca televisyen seperti zaman dahulu.

Fouziah Gous sebenarnya memang sedang berehat dari industri hiburan tanah air setelah berkahwin dengan suaminya iaitu Zhafran Md Yusof.

Hanya beberapa kali Fouziah Gous tampil berlakon semula dalam beberapa drama.

Walaupun begitu, Fouziah Gous masih lagi seorang selebriti yang amat popular yang mana jumlah followernya di laman Instagram mencecah 995 ribu orang, dah hampir satu juta.

Dalam perkembangan terbarunya, minggu lalu agak kecoh diperkatakan mengenai status pelakon jelita Fouziah Gous yang kini bergelar datin.

Ianya bermula apabila ada beberapa foto nama Zhafran yang tertulis "Datuk Zhafran".

Dikatakan suaminya iaitu Zhafran Md Yusof telahpun mendapat gelaran dan anugerah Datuk kerana kejayaannya dalam bidang kerjanya.

Sehingga kini, Fouziah hanya berdiam diri menggenai perkara ini.  Namun melalu laporan Sinar Harian, pihak mereka telah mendapatkan komen daripada suaminya Datuk Zhafran Md Yusof.

Menurut Zhafran, sebenarnya gelaran "Datuk" tersebut sudah lama diperolehi oleh nya.

Ini kenyataan dari pihak Zhafran sendiri:

"Gelaran itu hanya dipakai ketika acara-acara rasmi yang melibatkan kerja saya sahaja. Saya pun bukan selebriti jadi tak perlulah nak dihebah-hebahkan.

"Sekarang bila semua dah tahu, nak panggil Datuk boleh, nak panggil Zhafran pun lagi bagus. Saya tak ada masalah"

Sementara itu ditanya pula mengenai isterinya, Zhafran menjelaskan pendirian mereka sama.

"Nak panggil Fouziah boleh, nak panggil datin pun terpulanglah.

"Namun kalau ikut beliau, selesa dipanggil Fouziah sahaja. Cuma kalau acara rasmi bersama saya, tak boleh elak. Bagi kami okay sahaja"

Itulah katanya lagi yang kini sedang bercuti di Kota London bersama Financial Genius Group, bisnes yang diusahakan oleh Zhafran.

Nampaknya memang benarlah Zhafran kini telahpun bergelar Datuk..Tahniah! memang hebat!

Untuk pengetahuan, pada September 2013, telah berlangsung majlis pernikahan pelakon Fouziah Gous dengan Md Zhafran di Dewan Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam.

Majlis elegan ini dihadiri oleh sanak saudara kedua-dua belah pihak dengan tema warna putih.

Semoga Fouziah dan suami sentiasa bahagia selalu.

Sumber: Sinar Harian

Tiada ulasan