AME 2018: Kenapa Amer Ruffedge Tak Ada? Apa Kes? Ini Jawapannya...

Share:

Bagi peminat kumpulan popular, Ruffedge pastinya terubat rindu selepas menyaksikan lima anggota kumpulan itu kembali bergabung di atas pentas Anugerah Meletop Era 2018 (AME2018) Ahad yang lalu.

Sebelum ini, para peminat ternyata kecewa apabila kumpulan Ruffedge pernah mengumumkan mereka berpecah sebelum masing-masing membawa haluan sendiri.

Bagaimanapun, mereka kini kembali bersama sebagai satu kumpulan.

Salah seorang ahli Ruffedge, Cat Farish sebelum ini memberitahu kemunculan semula Ruffedge datang daripada idea yang disuarakan Amer Munawer Yusoff (Amer).

Dua anggota kumpulan ini iaitu Amer dan Azan Addin Abdul Wahab (Azan) juga sudah berhijrah menganggotai kumpulan Al-Mawlid yang tampil dengan imej Islamik.

Dalam persembahan pada AME2018 semalam, hanya Azan muncul bersama Ruffedge manakala Amer tidak kelihatan.

Segelintir peminat juga tertanya-tanya kenapa Amer tiada, kemanakah Amer?


Untuk pengetahuan Amer tidak berada di Malaysia dan kini berada jauh nun di negara Oman ketika AME2018 berlangsung.

Amer dalam statusnya di Instagram mendoakan perjuangan rakan-rakannya itu diberkati Allah.

Malah, Amer percayai apa yang berlaku adalah perancangan Allah dan selalu memohon doa daripada Nya.

Ini perkongsian Amer:

"InsyaAllah Esok kalau internet bagus tak sekat-sekat kita layan depa nyanyi live di stage Meletop pukul 5pm waktu Oman. Semoga menjadi sebab semua yang melihat dan menyaksikan majlis ini bakal dikurniakan taufiq dan hidayah. Segalanya bermula dengan niat. Doa tulus dari Salalah buat para sahabat @azan.addin @syed_hussein @zainhamid @catfarish @mode893 @ruffedge Bismillah!

Ini tulisnya lagi:

"Dapat berita dan khabar gembira dari bumi tercinta Malaysia tentang 5 sahabat yang telah meniup semboyan cinta. Semoga Allah menjaga dalam CahayaNya. Amiiin. MasyaAllah tabarokAllah!

"Segalanya dari rancanganNya. Kita jaga dan selalu mohon doa. Terima kasih atas nasihat/peringatan/ teguran dari kawan_kawan yang membina. Semoga yang lahir tulus dari jiwa bukannya dari nafsu amarah yang membinasa. Amiiiin


Di ruangan komen, rata-rata peminat merindui kemunculan semula Amer bersama kumpulan Ruffedge. Ramai yang berharap Amer akan kembali beraksi bersama ahli kumpulan Rufedge yang lain selepas ini.

Apapun, Amer kini sememangnya telah berhijrah ke arah yang lebih baik. Doakan yang baik-baik sahaja.

Semoga Amer dan Ruffedge terus sukses dalam bidang yang diceburi.

Sumber: IG Amer Ruffedge / Astro Gempak

Tiada ulasan