Home Top Ad

Responsive Ads Here

"Anak 11 Tahun Masih Tak Pandai Cakap.." - Pendedahan Edry KRU

Share:


Kini satu Malaysia dah tahu tentang pembubaran kumpulan popular KRU.

KRU dianggotai oleh tiga orang adik beradik iaitu Edry Abdul Halim, Datuk Norman dan Yusry.

Edry Abdul Halim memberitahu salah satu punca pembubaran kumpulan KRU disebabkan setiap anggotanya mahu memberi tumpuan kepada keluarga masing-masing.

Penyanyi dan komposer berumur 41 tahun ini, berkata, dia turut ingin memberi tumpuan kepada anaknya selepas ini.

Edry berhasrat berhijrah ke luar negara bagi mendapatkan pembelajaran yang terbaik untuk anak ketiganya, Emery yang merupakan anak istimewa kerana merupakan seorang autisme.

Ini pendedahannya:

"Malaysia tiada sekolah khas untuk austisme dan anak ketiga saya itu sudah nak masuk 11 tahun namun masik belum boleh bercakap. Cikgu di sekolahnya suruh kami hantar ke sekolah lain.

"Anak saya tidak boleh bercakap lagi. Perkara itu buat saya berfikir bahawa saya gunakan banyak masa ajar orang menyanyi tapi anak sendiri masih tak boleh bercakap.

"Penghijrahan itu untuk anak-anak"


Edry mendirikan rumah tangga dengan Milia Mohammed pada November 1999 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Emil, Edylia, Emery dan Elya.

Tambah Edry lagi, dia sekeluarga merancang untuk ke Eropah selepas sahaja sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi mencari sekolah paling sesuai untuk anaknya itu.

Ini jelasnya lagi:

"Sepatutnya sehari selepas konsert kami akan ke Eropah tapi terpaksa ditangguhkan mungkin selepas hari raya nanti.
 

"Insya-Allah kita cuba setahun dahulu dan tengok perkembangan sama ada dia boleh terima atau tidak"

Sementara itu, tambahnya, dia juga berhasrat untuk menyambung pelajaran dalam bidang tertentu untuk pencapaian dirinya.

Katanya, ia merupakan hasrat yang tertangguh selepas menceburkan diri dalam bidang seni seawal usia 16 tahun.

Ini komen Edry tentang hal ini:

"Saya nak sambung belajar kerana itu impian saya yang tidak tercapai. Dulu saya sibuk menyanyi sejak umur 16 tahun dan hanya ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja"

KRU telah mengumumkan untuk membubarkan kumpulan yang dibina sejak 25 tahun lalu.

Konsert Gergasi 25 KRU yang bakal berlangsung pada 4 hingga 6 Mei depan di Istana Budaya merupakan penampilan terakhir mereka sebagai penyanyi berkumpulan.

Sumber: mStar

No comments