Home Top Ad

Responsive Ads Here

"Anak Abah" - Jep Sepahtu Umum Jantina Anak, Kongsi Foto Anaknya

Share:
 
Hari ini, pelawak popular Jep Sepahtu telah pun menerima khabar berita yang amat menggembirakan apabila isteri tercinta, pelakon cantik Sari Yanti telah selamat melahirkan cahaya mata.

Pada mulanya, berita yang menggembirakan ini dikongsikan melalui laman media sosial SINAR.fm

Yang menariknya, tarikh lahir anak Jep Sepahtu dan Sari Yanti ini sama dengan tarikh lahir rakan baik Jep iaitu Rahim.

Ketika ini, dikhabarkan kedua-dua ibu dan anak dalam keadaan baik-baik sahaja, stabil dan sihat walafiat, syukur.

Petang tadi, Jep Sepahtu telah memuatnaik foto anaknya di laman media sosial Instagram miliknya.

Pelawak ini meluahkan rasa syukur kerana selamat menimang cahaya mata pertama hasil perkahwinan dengan Sari Yanti.

Jep turut mengumumkan bahawa anaknya itu merupakan bayi perempuan. Dari penulisan Jep, dia membahasakan dirinya sebagai abah.

Ini caption dari Jep Sepahtu:

"Allahuakbar. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih atas ucapan serta doa yang tak henti-henti buat kami. Pengalaman yang tak boleh dilupakan. Tq sayang Sari Yanti #BabyGirl #AnakAbah #Abah

Ini fotonya:


Namun begitu, Jep Sepahtu masih lagi belum menyatakan nama anak perempuannya itu.

Di ruangan komen, rata-rata peminat menulis ucapan tahniah kepada pasangan ini di atas kurniaan yang amat berharga itu.

Untuk pengetahuan, Jep Sepahtu dan Sari Yanti bernikah pada bulan Februari 2017. Majlis pernikahan diadakan di Dewan Mercu Mustapha Kamal dan dibuat secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Sari Yanti.

Pelakon ini pernah berkahwin namun bercerai dengan bekas suaminya, Mohd Eddy Casmadi pada 11 Disember 2014. Hasil perkahwinan, Sari Yanti dikurniakan dua anak iaitu Barr Al Aly (8 tahun) dan juga Basit Al Haq, (6 tahun).

Sekali lagi tahniah diucapkan kepada Jep dan juga Sari Yanti. Semoga bertambah bahagia dengan kehadiran orang baru!

Sumber: IG Jep Sepahtu

No comments